Wednesday, February 27, 2013

Roti Canai With Chicken Floss

Assalam dan dengan lafaz Bismillah, kali ni Shima nak coretkan resepi ringkas yang Shima buat iaitu Roti Canai With Chicken Floss untuk dikongsi bersama. Selalunya roti canai makan cicah kuah kari atau kuah dhal tapi Shima olahkan ala-ala makanan barat macam hot & roll.
 
Disebabkan husband terpaksa balik ke KL hari Ahad kerana ada urusan kerja di Brunei pada keesokkan harinya, jadi bila dah tinggal berdua dengan anak Shima apa lagi kalau boleh nak masak masakan yang ringkas dan yang pastinya mengenyangkan.

Tengok dalam peti sejuk roti paratha kawan brand ada. Di sebabkan malas nak masak kuah kari maka terhasil lah resepi roti canai with chicken floss. Jom kita tengok bahan-bahannya yang ringkas.
 
 
 
Alhamdulillah, akhirnya kenyang kami berdua setelah menikmati roti canai with chicken floss bersama secawan Nescafe, hasil sentuhan Shima kali ni. Kepada kawan-kawan selamat mencuba semoga ahli keluarga anda akan menyukainya.
 
Sampai kita bertemu lagi dilain coretan hasil sentuhan Shima yang seterusnya. Sekian Wassalam.
 


 
 
 

Tuesday, February 19, 2013

Chocolate Moist Cake

19 Februari 2013 bersamaan 8 Rabiulakhir 1434H

Assalam dan dengan lafaz Bismillah kali ni Shima nak coretkan resepi Chocolate Moist Cake yang selalu Shima gunakan bila membuat kek ni. Rasanya kalau nak buat kek kena tunggu ada orang kat rumah ataupun dulu bila Shima dah buat dan bawa ke pejabat. Itu masa masih bekerja lah. Sekarang bila tidak bekerja ni kena fikir banyak kali kalau nak buat. Resepinya ni ada dikalangan rakan-rakan pejabat telah mencubanya. Alhamdulillah menjadi semuanya.
 
Di sebabkan dah terlalu lama tidak makan teringin pulak nak buat. Cake ni tidaklah susah sangat hendak dibuatnya dan resepinya pun ringkas. Cuma kalau dah malas tu ada je alasannyakan.  Kaedah buat kek ni boleh cara kukus ataupun membakar. Kepada sesiapa yang tiada oven bolehlah menggunakan kaedah menggukus. Shima suka kukus daripada membakar sebab teksturnya kek  akan lembab serta lembut daripada dibakar. 

Bahan-bahan nak buat semuanya ada so apa lagi dah duduk sorang-sorang ni. Mulakanlah operasi membuat Chocolate Moist Cake yang sememangnya kesukaan keluarga. Jom lah kita tengok bahan-bahannya.

 
Pastikan semuanya telah sebati kemudian baru dimasukkan bahan B
Kemudian jadi begini yer...
Cair sedikit daripada adunan diatas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah... jadi sudah Chocolate Moist Cake hasil dari sentuhan Shima. Kepada kawan-kawan yang baru first time hendak mencuba didoakan semoga Chocolate Moist Cake anda akan menjadi kesukaan ramai dan anda akan membuatnya berulang-ulang kali.

Sampai kita berjumpa lagi dengan resepi-resepi yang ringkas dan semestinya sedap.

Wassalam.....

Wednesday, February 13, 2013

Sambal Simple Ikan Kembong

Rabu 13 Februari 2013 Bersamaan 2 RabiulAkhir 1434H

Salam dan dengan lafaz Bismillah hari ni Shima nak coretkan resepi sambal simple ikan kembong. Resepi ni tidaklah susah sangat . Kalau dah emergency dan tidak ada idea nak masak ni pun jadilah. Lawankan pulak dengan taugeh atau kobis masak lemak dan telur goreng. Di sebabkan tinggal berdua dengan Najihah, resepi seringkas dan pastinya sedap yang ibunya sempat masak. He3x...

Walaupun lauknya simple yang penting keluarga kenyang hasil dari air tangan ibunya yang ala-ala kategori "bolehlah" masak. Nak kata pandai sangat tidaklah janji boleh mengenyangkan. Gambar bahan-bahannya tidak perlu ditunjukkan ye sebab rasanya semuanya sudah tahu. Sebelum masak bacalah Bismillah....

Jom kita tengok bahan-bahannya :

ikan kembong yang telah siap digoreng
bawang merah - diblender
lada kering - diblender
bawang besar di hiris
sedikit asam jawa - paste
garam
gula atau serbuk sesedap rasa - optinal (salah satu)

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang merah dan lada yang telah diblender
3. Tumiskan sehingga ladanya garing - masak dengan api sederhana
4. Bila ladanya telah garing, masukkan asam jawa paste (gunakan hujung sudu sahaja)
5. Masukkan sedikit air
6. Bila sudah mendidih masukkan sedikit gula/serbuk sesedap rasa dan garam
7.  Kemudian masukkan ikan kombong yang telah siap di goreng.
8. Gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris.
Alhamdulillah inilah hasilnya. Masakan yang ringkas dan pastinya sedap. Jom kita tengok pulak resepi yang kedua.

Sambal Ikan Kembong
 
Bahan-bahan taugeh atau kobis masak lemak
 
taugeh yang telah disiang ekornya - dibersihkan
atau kobis dipotong dan dibersihkan
1 ulas bawang merah kecil dihiris
sedikit ikan bilis yang telah disiang kemudian diramas2 bersama dengan bawang merah
sedikit santan pekat
garam
lada merah dihiris untuk hiasan
 
cara-caranya :
1. panaskan sedikit minyak dan kemudian tumiskan ikan bilis dan bawang merah tadi atau masukkan ikan bilis dan bawang merah yang telah diramas didalam santan (buat salah satu)
kalau masak bersama santan api hendaklah menggunakan api kecil
2. bila santan telah mendidih masukkan garam dan dibiarkan sebentar
3. Masukkan taugeh atau kobis. Biarkan 2 - 3 minit. kemudian tutup api. Dan inilah hasilnya.
 
Tauge masak lemak
 
Telur goreng Nacho Cheese
 
2 - 3 biji telur
sedikit Nacho cheese
dipukul dan di goreng seperti biasa (tanpa minyak)
 
 
 
 
Bacalah Alhamdulillah selesai memasak. Sambal simple ikan kembong, taugeh masak lemak dan telur dadar nacho cheese. InshaaAllah pastinya sedap untuk kita berdua je ye Najihah. Kepada adik-adik yang ingin mencuba bolehlah ye... kalau dah buat dan hendak hantar sebarang komen bolehlah hantar di hp kakak (kepada sesiapa yang berkenaan sahaja ye)
 
Sampai kita berjumpa lagi di lain post. Sekian Wassalam..
 
 
 
 
 
 




Senyum ... Menarik Rezeki


Selasa, 12 Februari 2013 bersamaan 1 RabiulAkhir 1434H.

Salam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan coretan hari ini dengan coretan yang ringkas tetapi tersirat banyak ilmu. Bermula Setelah seharian mengemas rumah dengan kotak-kotak yang masih belum dikemas sepenuhnya setelah sekian lama rumah siap diubahsuai dan ditambah pula dengan  kotak-kotak barangan sendiri daripada pejabat. Selongkar punya selongkar Shima jumpa beberapa kotak yang didalamnya majalah NUR dari 2008 hingga 2011 majalah Anjung Seri dan beberapa majalah lagi. Bila dah dikumpul ... banyaknya majalah-majalah tu. Nak dibuang sayang. Bila dijual murah. Oleh kerana sayang kotak-kotak tu diletak semula ditepi. Nanti duduk petang-petang dan kalau ada masa bolehlah dibaca dan ditengok semula sebab banyak info-info didalamnya yang boleh dijadikan rujukan dan ikutan. Sambil membelek majalah NUR ada artikel yang Shima nak kongsikan untuk dipost berkaitan MOGA MURAH REZEKI, gambar-gambar daripada sumber google dan koleksi Shima.

Mengisahkan seorang ahli sufi, Abu Yazid al-Busthami dikunjungi seorang lelaki yang wajahnya murung dan kening selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan,sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh dengan kesulitan?"
 
Abu Yazid menjawab sederhana. "Perbaikilah penampilanmu. Ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah manusia yang paling miskin, namun wajahnya selalu ceria dan tak pernah keruh. Sebab kata Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka adalah muka masam yang membuatkan orang curiga kepadanya."

Mulai hari itu,wajah lelaki itu sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, selepas itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Sikapnya juga mula ramah, wajahnya sentiasa menguntum senyuman persahabatan.
 
Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
 
Moral of the story ... sentiasa senyum kerana senyuman adalah sedekah yang paling mudah dan boleh menarik rezeki.
 
Jom tengok gambar-gambar "senyuman" dan hanya mereka-mereka yang berada didalam gambar ini yang mengetahu situasi ketika itu......Dan inilah wajah-wajah senyuman sebelum dan sesudah menangis.... he3x
Semoga senyuman Shima seterusnya akan menarik rezeki sebanyak-banyaknya dan meninggalkan kesedihan...
 
 Bersama Puan Fatimah yang sentiasa ceria
 
Bersama sahabat-sahabat yang akan menamatkan perkhidmatan
 
 
Sessi bergambar Jabatan Pentadbiran & Kewangan
 
Bersama Natasha
 
Rahayu, Shima, Maya, Natasha, Nurkarimah dan Salbiah
Semoga sukses semuanya selepas ini
 
Ahli BKKU yang menjalankan tugasan terakhir
 
Alhamdulillah tugasan terakhir selamat dijalankan dengan jayanya
 Senyuman setelah tamat tugas-tugas khas yang disandang
 
 Senyuman dari sahabat-sabahat satu unit
Rahayu, Shima, Salbiah dan Anum.. All the best to all of you guys!!
Hazlin, Ayu, Shima, Salbiah, Anum dan Natasha
semoga persahabatan kekal untuk selama-lamanya
 
Bersama Ketua Pegawai Operasi Encik Arbain Paiman dan
kakitangan daripada Jabatan Pentadbiran & Kewangan 
 ...... Senyum sesudah Menangis.....
 
Ok kawan-kawan sampai berjumpa lagi di lain post. In shaa Allah dengan coretan yang ringkas tetapi menarik. Sekian Wassalam.
 
 
 

Monday, February 11, 2013

Aktiviti Mingguan

11 Februari 2013 Bersamaan 30 RabiulAwal 1434 H

Salam dan dengan lafaz Bismillah kali ni Shima nak coretkan aktiviti suka-suka yang Shima buat sepanjang beberapa minggu tidak update blog.  Oleh kerana kesuntukan masa jadi baru hari ni berkesempatan untuk di post dalam blog. Kepada yang mengikuti blog Shima yang tidak seberapa ni., harap tidak bosanlah yer.

Antaranya aktivitinya Shima buat lolipop cake. Kebetulan hari yang sama masa anak-anak saudara datang untuk belajar cheese tart. Pagi tu Shima buat sarapan Bakso, errmmmm  buat sebab permintaan seseorang. Aktiviti buat roti pun ada untuk anak perempuan Shima. Saje suka-suka sebab Shima dah belajar tapi sekarang baru nak dipraktikkan. Jom kita layan gambar-gambarnya. Resepi??? In shaa Allah akan Shima N3 kan kemudian ye. Kita layan dululah gambar-gambarnya.

Pertama kali buat Lolipop Cake. Suka sangat buat lolipop cake ni sebab teringat masa kecik2 dulu suka makan gula-gula lolipop. Alhamdulillah anak-anak pun suka. Nanti ibu buatkan lagi ye. Kebetulan petang tu Anum datang so baby Iman pun suka. Nanti Anum bolehlah buatkan semasa birthday Iman ye..

 
 
My hubby kat belakang tu. Komen dia.."Cepatlah ambik gambar.. orang
dah nak makan ni... he3x.. ok2
 
Aktiviti yang seterusnya
 
 
Buat roti pulak.... amboi kembangnya. Suka sangat buat roti sebab
akhirnya menjadi sepertimana yang Shima inginkan. Shima buat
waktu malam. Pernah tanya dengan kawan, kalau buat roti
waktu malam boleh tak? dia kata tidak boleh! Bila Shima
tanya dengan kawan yang pandai buat roti jawapannya .. Boleh!!!
Kembangsss & gebusss pun... Thanks Nur sebab bagitahu...
 
 
Ha..Ha.. sampai x de ruang.. boleh dibengkok2kan lagi tu
Suka masa pintal-pintalkan tepung ni. Macam buat tocang.
 
 
Tidak disangka kembangnya ... sampai melekat-lekat lagi.
 
 
 
 
Sedap dicicah dengan air kopi, rasa macam roti perancis pun ada.
lembut pun...
 
 
Yang bulat-bulat ni Shima sapukan mayonese & taburkan chicken floss
untuk Najihah bawa ke sekolah... adik 3 yang kecil ..
ibu 2 yang besar.... he3x
 
 
Aktiviti yang seterusnya dari pagi hingga ke petang aktiviti
tempahan Oreo Cheese Tart.....
 
 
 
 
Serta mencuba sesuatu yang baru untuk koleksi pelbagai rasa
Cheese Tart Ku...
Peanut Butter Cheese Tart. Kepada sesiapa yang nak
tempah macam biasa ye ... sms atau calling2 kakak...
RM60 - 100 pcs
Atas permintaan adik Shima yang di KL dan untuk
Shima pelbagaikan lagi jualan Cheese Tart. Alhamdulillah
makin banyak permintaannya Peanut Butter Cheese Tart ni.
Rasanya ... usah dipertikaikan. Pastinya sedap.!!!!
Tidak oder rugi.... he3x
 
 
 
 
Aktiviti yang seterusnya buat Cheese Lemon Cake
Kebetulan petang tu kawan anak Shima datang
so hidangkan bersama teh o .....
ermmm ... sekejap je selesai. Alhamdulillah.
Nanti kalau kita orang datang aunty buat lagi ye..
InshaaAllah ye anak-anak... he3x
awak semua kena tunggulah bila Muhaimin balik JB ye.
 
 
 
 
Aktiviti wajib... ha3x
Sambil buat kerja rumah sempat juga buka FB tak pun tengok movie
di youtube... kalau tidak boring nanti.
Salah satu dari rakan FB ada offer recipe booklet. Shima selalu juga
singgah di blog beliau. Kepada siapa yang nak kan buku resepi tu kena
cepat hantar comment. Tanpa membuang masa apa lagi...cepat!!!
 
 
 
 
 
Shima no 6 dari 10 orang ... Nampak tak saya comment kat situ??
 
 
Sekarang ni Shima masih tunggu buku recipe tersebut. Maybe after
CNY sepertimana yang dijanjikan. Anyway Wishing Happy CNY kepada
Wendy from Table For 2 or More. Nanti kalau Shima
dah dapat bolehlah dikongsikan resepi2 dalam buku tu yer..
Ok lah kawan-kawan sampai kita bertemu lagi di lain post.
Sekian, Wassalam.