Wednesday, December 26, 2012

Lipatan sejarah di ULSSB dari 16 Mei 1991 - 31 Disember 2012

26 Disember 2012 (Rabu) bersamaan 12 Safar 1434H

Assalam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan coretan diblog yang telah lama Shima tinggalkan. Selain sibuk dengan menyelesaikan tugasan harian di pejabat begitu juga sibuk mengemas barang-barang sendiri. Maklumlah pada 31 Disember 2012 ini merupakan hari terakhir Shima berkhidmat di ULSSB setelah lebih kurang 21 tahun. Bermula melapor diri pada 16 Mei 1991 dan pada ketika itu ULSSB dikenali SBBU Sdn Bhd bersama sahabat Shima dari kecil iaitu Noraishah Ali yang kini masih bertugas di Angsana. Pada ketika itu Pengurus Besar SBBU Sdn Bhd adalah Encik Ibrahim yang kini telah bergelar Dato' dan kemudian digantikan oleh Tuan Haji Safie Abd Rashid dan beliau juga telah bersara.

Shima mula bertugas dibahagian Pentadbiran manakala Aishah di bahagian Projek. Seterusnya disahkan jawatan setelah 5 bulan berkhidmat. Di bahagian pentadbiran Shima di unit yang sama Sdr Hamsan dan juga Misran dan diketuai oleh Encik Hamzah Ali. Banyak aktiviti dihujung minggu bekerja antaranya berjogging dan aktiviti sukan yang diadakan samaada perlawanan bola sepak dan bola tampar.

Kemudian Shima ditukarkan ke bahagian Kewangan pada 15 Jan 1992 sehingga Oktober 2011 diketuai oleh Puan Fatimah Hj Khalid sehingga kini. Sepanjang berkhidmat di ULSSB banyak kenangan pahit manis yang Shima lalui. Banyak kenangan indah yang tidak dapat Shima lupakan. Bermula dari Unit Kawalan Kredit yang diketuai oleh Encik Mohd Noor dan kemudiannya oleh Nurkarimah. Mendirikan rumahtangga selepas beberapa bulan disahkan perkhidmatan pada 27 Oktober 1991 dan memiliki sepasang cahayamata iaitu Muhammad Muhaimin yang ketika ini berusia 19 tahun menuntut di UIA dan Khairunnisa Najihah yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013.

Sepanjang bertugas Shima banyak mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan di pejabat atau di ibupejabat UDA di Kuala Lumpur, Hari Warga Kerja begitu juga Hari Keluarga dan macam-macam lagi majlis yang dianjurkan oleh pihak syarikat dan alhamdulillah Shima juga menunaikan haji pada tahun 2006 sepanjang berkhidmat disini.

Mendapat ketua unit iaitu Unit Akaun Syarikat yang amat memahami iaitu Rahayu Dorajak dan rakan-rakan seunit iaitu Salbiah dan Asa Anum. Banyak kenangan indah yang kami lalui bersama. Masing-masing daripada masih anak dara sehingga telah mempunyai beberapa cahayamata.  Begitu juga kepada rakan-rakan sekerja yang lain antaranya Nur'ain, Nurkarimah, Kak Ya, Yatey, Diana, Maya, Hazlin, Natasha dan tidak ketinggalan Shida (coz tarikh lahir kami sama tahun saje yang berbeza)  Sifat sayang menyayangi serta tegur menegur diantara satu sama lain membuatkan ikat persahabatan dirasakan sebagai ikatan persaudaraan. Memang adat kalau ada yang kecil hati atau sebagainya kami anggap itu sebagai satu pengalaman dan asam garam didalam kehidupan persahabatan rakan sekerja yang berkerja dibawah satu bumbung.

Kemudian Shima ditukarkan semula ke Bahagian Pentadbiran, mengambil alih tugas sahabat Shima yang telah kembali kerahmatullah iaitu allahyarham Rashdan. Di bahagian pentadbiran Shima banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Kak Mas. Jasa serta tunjuk ajar Kak Mas tidak akan Shima lupakan. Semasa bertugas di bahagian pentadbiran banyak kenangan dan tugasan yang Shima uruskan antaranya Lawatan Kerja Kakitangan ULSSB ke Bandung, Indonesia dan ke Batam Indonesia selain daripada menguruskan setiap kakitangan untuk menghadiri kursus in-house atau keluar daerah. Ucapan jutaan terima kasih kepada Sdr Zulkifly Ahmad, Sdr Misran Rais, Mohd Hatta, Abu Amar, Yusof dan Pakcik Saion yang sangat membantu semasa kami bertugas bersama.

Pada November 2012 Shima telah menerima tawaran VSS dan akan menamatkan perkhidmatan di ULSSB pada 31 Disember 2012. Tarikh yang tidak akan Shima lupakan kerana perasaan bercampur baur antara suka duka, sedih tidak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Walaupun hati merintih sedih tapi bila di fikirkan semula, ada hikmahnya yang Shima tidak ketahui disebaliknya. Anggap saja itu adalah perjalanan hidup, dimana Shima hanya dapat memberi sumbangan dan berkhidmat selama 21 tahun di ULSSB dan InsyaAllah Shima akan menguruskan perniagaan kecil-kecilan walaupun masih dalam perancangan. Harapan dan doa dari rakan-rakan Shima harapkan untuk menjadi yang lebih baik.

Kenangan bersama rakan-rakan sekerja yang sudah dianggap seperti adik beradik membuat hati merasa sedih setiap kali ingin ke pejabat yang masih tinggal 3 hari lagi. Walaupun hati merintih sedih tapi kerana tugas yang telah diamanahkan harus dilakukan sehingga diakhir perkhidmatan. Serahan tugas telah Shima lakukan pada hari ini kepada Tengku Anna Salha yang akan mengambil alih tugas Shima nanti. Di hati merasa lega kerana InsyaAllah tugas yang selama ini yang telah diamanahkan kepada Shima telah Shima lakukan sebaik mungkin. Shima doakan agar Anna pun dapat menjalankan tugas sebaik atau lebih baik daripada Shima.

Kepada rakan-rakan pejabat yang mengambil VSS didoakan agar kita menjadi insan/pekerja yang penuh dengan dedikasi semoga lebih baik dari sekarang. Kepada rakan-rakan yang menjalankan perniagaan uruskan dengan seikhlas hati dan pasti kejayaan menanti kita. Yang masih bertugas, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin kerana setiap kerja yang kita lakukan adalah amanah agar menjadi punca rezeki yang halal.

Oklah rakan-rakan blogger sekelian sampai di sini dulu ye, In sha Allah kita sambung dengan cerita-cerita harian pula. Kerana Shima akan menguruskan acara majlis makan malam 31 Disember 2012 nanti di Anjung Warisan. Sebelum tu kita tengok dulu gambar-gambar kenangan dari Jabatan Pentadbiran & Kewangan sepanjang Shima berkhidmat di ULSSB.....
 
Al Fatihah kepada rakan-rakan yang telah meninggalkan kita kepada allahyarham Mohd Nor Abdullah dan allahyarham Rashdan Ab Rahim. Begitu juga untuk allahyarhamah Aslinda Selamat dan allahyarhamah Salmiah Kusrin
 
 Allahyarham Mohd Noor dan allahyarham Rashdan

Sempena Majlis Makan Malam BKKU 2012

 
Shima, AJK BKKU Sempena Majlis Detik Berlalu Sejuta Kenangan
 
Bersama Natasha & Hazlin

Bersama Sdr A Karim Supok..

 
Ambil sumbangan untuk anak Shima, Khairunnisa Najihah
bagi keputusan PMR




Puan Fatimah, Shima dan Kak Mass
Kakitangan Jabatan Pentadbiran & Kewangan
Kakitangan Jabatan Pentadbiran
 
Kakitangan Jabatan Pentadbiran & Kewangan dengan wajah yang ceria
Selamat menjalani kerjaya baru selepas VSS
 
Aktiviti paling diminati... Bowling!!!
 

Sekian, salam sayang dari Shima & sampai bertemu dilain post. Wassalam.



Thursday, August 09, 2012

Lama Ku Tinggalkan..

Assalam rakan-rakan. Lama sungguh Shima tidak update blog ni, sampai terlupa pulak cara-cara update blog.Puas nak memahamkan dulu. Selama tak update blog sendiri, apa lagi jengah ke blog rakan-rakan jer lah. Di samping tu Shima kumpulkan dulu agenda-agenda yang akan dipost kan satu persatu... (kalau ada masa) he3x

Oleh kerana Shima masih dalam operasi mengemas rumah (setelah renovate) banyak kerja-kerja yang nak dibuat. Cuti hujung minggu jer masa dapat mengemas. Bab memasak dah lama tidak dilakukan sampaikan Restoran Minha (famous di Bandar Baru UDA) menjadi `dapur harian' daripada sarapan , makan tengahari dan makan malam (beli sekali masa makan tengahari) masak nasi jer di rumah. Silap hari bulan masak- masak yang simple pun boleh lupa.

Ok lah rakan-rakan sampai kita berjumpa lagi di lain entry yer... just try and error coz dah lama x update

Wassalam.

Monday, March 26, 2012

PERCUTIAN KOREA DAN SAIGON PART 1

Assalam rakan-rakan. Kali ni Shima nak cerita percutian keluarga BUKHAIRAHS. Shima dan keluarga abang-abang ipar ke Korea dan Saigon dari 12 hingga 17 Mac 2012. Shima pergi bersama anak perempuan Shima, Najihah kerana anak Shima yang sulung tidak dapat mengikuti kerana ada kelas manakala suami Shima ke Philipina. Syukur alhamdulillah, akhirnya tercapat hajat Shima nak ke sana pada musim sejuk...Tak perlu cerita panjang,  jom kita tengok gambar-gambarnya....

Perjalanan kami bermula dari Johor Bahru pada 12 Mac 2012 dengan menaiki bas ke KLIA.

 Najihah dan pak cik nya, Cikgu Hamid Bukhairah
Bersama sepupunya Siti Amirah (YaYa)
Shima, Cikgu Hasmah (biras) with one and only our daughter
 11orang ahli keluarga Bukhairah, bergambar di KLIA 
sebelum berlepas ke KOREA
Sempat berkenalan dan berbual-bual dengan kenalan baru
dari KOREA yang baru habis bercuti di Pulau Redang,
Malaysia. Bergambar bersama
di Lapangan Terbang Hanoi, semasa transit
Bersama Maisara. Puas berjalan budak ni..... Pergi
Jakarta, Korea dan InsyaAllah lepas ni nak gi Beijing,
iye tak Maisara.... good girl...
Bersama pembantu Tourist Guide di Korea 
- Mr Mickey plus jurugambar untuk kumpulan kami, POTO E = Kumpulan E
Our Tourist Guide - Kathy (Khadijah... tukar nama dalam bas)
Sporting dan selalu ceria... sikit fasih berbahasa melayu style Indon...
Kalau dia cakap slowly jadi selori...
kalau cakap lapar jadi lapare.... he3x
kalau cakap lunch dah jadi luunnch.... saper-saper didalam bas E je yang faham....
Tempat lawatan kami yang pertama pada 13 Mac 2012
without mandi pagi... he3x (x pe coz kat sini peluh pun
tak sempat nak keluar....sejuk) tapi tak pe ..... semuanya ceria


Cuaca sejuk ketika ni dan tambahan dengan
permandangan yang menarik dan nyaman... seronok



Bersama Kathy yang sentiasa ceria

Selepas lawatan di destinasi pertama rombongan kami
dibawa untuk makan tengahari di Restoran Taj Palace.
Makanan ala-ala Arab. Tempat makan yang selesa dan
cantik susunatur di restoran tersebut.. walaupun berjalan
macam mendaki bukit untuk sampai ke restoran ni

Selepas menikmati makan tengahari, rombongan terus
ke Prince Sultan Islamic School dan di masjid yang berdekatan
untuk lawatan dan bersolat
Rasanya Shima dah macam cikgu pulak.... he3x
 Bersama salah seorang Penaung Prince Sultan Islamic School


 Kemudian lawatan di sekolah Tadika dibawah jagaan
Prince Sultan Islamic School yang berhampiran dengan
masjid. Geram punya pasal sempat dukung salah
seorang daripada pelajar tersebut.... mata sepet... he3x
Shima , Najihah dan Yaya bersama dengan salah seorang
pengajar untuk kelas ni. Sebenarnya mereka sedang membuat
pendidikan jasmani ketika kami membuat lawatan
 Kemudian kami makan malam di sebuah restoran (tak tahu namaya)
tapi selesa  untuk menikmati makanan laut sebelum check in
di S Hotel
 Nasi macam beras pulut. Makan sikit dah kenyang
 Puas makan. Mana tak satu `periuk' ni makan untuk
4 orang. First time makan KIMCHI on the left
Pelayan ni sedang menggunting sotong... hah kau...
tak payah nak potong-potong ... gunting jer...
Lepas makan ni nak check in... badan pun
dah penat, rasanya kalau dapat tilam... mesti tidur
nyenyak... dengan cuaca yang sejuk ni...uhhh
Jom kita check in......di S Hotel

Surprise!!!! nombor
bilik sama dengan my birthday date.... he3x
Bilik hotel yang selesa


Toilet yang canggih

Syukur alhamdulillah tempat tidurnya aduhai selesa
sungguh... apalagi Najihah lepas mandi, solat dan tidur.....
mimpi yang indah. Esok ke Nami Island... destinasi
lawatan yang seterusnya. Tak sabar rasanya sebab nak tengok
tempat penggambaran Winter Sonata.......

Ok kawan-kawan sampai di sini dulu kisah percutian keluarga Part 1. Nantikan destinasi yang seterusnya yang semestinya banyak lagi gambar-gambar dan lokasi yang menarik. Patutlah ramai rakyat Malaysia yang suka melancung ke Korea. Orang-orangnya yang peramah walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris serta murah dengan senyuman.
























Tuesday, February 14, 2012

Renovasi Bah 2

Assalam dan selamat sejahtera rakan-rakan. Kali ni Shima nak cerita mengenai renovasi rumah bahagian 2 tapi bukannya rumah Shima sebab rumah Shima belum siap lagi tapi rumah rakan blogger yang Shima selalu singgah kerana cantik hiasan rumahnya. Alahai hajat di hati nak buat macam ni.... Kalau dapat ala-ala macam ni pun jadilah........ he3x  Jom kita tengok gambar-gambarnya.... sumber daripada rumah blogger yang selalu Shima singgah.



Shima dan dapur idamannya...... he3x.....
tolong yer Encik Leman (yang buat kabinet)
Shima suka dengan design meja pulau ni


Bagus juga idea ni.... tempat sembunyikan penyapu!!!
Aduhai... cantik sungguh.
Kalau macam ni tak masaklah jawabnya.....

Ok juga idea macam ni kan.... Shima suka sebab
boleh jimatkan ruang... dan sembunyikan iron tu...
Idea ni pun bagus... sebelah baju untuk dibasuh
sebelah lagi baju yang sudah dibasuh




idea ni bagus juga...
langsir yang simple dan cantik kan...!!!
ringkas dan menarik


Oklah kawan-kawan, tengok rumah orang pun jadilah sambil mencari idea. Actually kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada samaada rumah kecil atau besar yang paling penting bahagia dengan keluarga tersayangkan walaupun rumah yang kecil.....
ok guys sampai kita jumpa di lain N3... Wassalam..