Monday, February 11, 2013

Aktiviti Mingguan

11 Februari 2013 Bersamaan 30 RabiulAwal 1434 H

Salam dan dengan lafaz Bismillah kali ni Shima nak coretkan aktiviti suka-suka yang Shima buat sepanjang beberapa minggu tidak update blog.  Oleh kerana kesuntukan masa jadi baru hari ni berkesempatan untuk di post dalam blog. Kepada yang mengikuti blog Shima yang tidak seberapa ni., harap tidak bosanlah yer.

Antaranya aktivitinya Shima buat lolipop cake. Kebetulan hari yang sama masa anak-anak saudara datang untuk belajar cheese tart. Pagi tu Shima buat sarapan Bakso, errmmmm  buat sebab permintaan seseorang. Aktiviti buat roti pun ada untuk anak perempuan Shima. Saje suka-suka sebab Shima dah belajar tapi sekarang baru nak dipraktikkan. Jom kita layan gambar-gambarnya. Resepi??? In shaa Allah akan Shima N3 kan kemudian ye. Kita layan dululah gambar-gambarnya.

Pertama kali buat Lolipop Cake. Suka sangat buat lolipop cake ni sebab teringat masa kecik2 dulu suka makan gula-gula lolipop. Alhamdulillah anak-anak pun suka. Nanti ibu buatkan lagi ye. Kebetulan petang tu Anum datang so baby Iman pun suka. Nanti Anum bolehlah buatkan semasa birthday Iman ye..

 
 
My hubby kat belakang tu. Komen dia.."Cepatlah ambik gambar.. orang
dah nak makan ni... he3x.. ok2
 
Aktiviti yang seterusnya
 
 
Buat roti pulak.... amboi kembangnya. Suka sangat buat roti sebab
akhirnya menjadi sepertimana yang Shima inginkan. Shima buat
waktu malam. Pernah tanya dengan kawan, kalau buat roti
waktu malam boleh tak? dia kata tidak boleh! Bila Shima
tanya dengan kawan yang pandai buat roti jawapannya .. Boleh!!!
Kembangsss & gebusss pun... Thanks Nur sebab bagitahu...
 
 
Ha..Ha.. sampai x de ruang.. boleh dibengkok2kan lagi tu
Suka masa pintal-pintalkan tepung ni. Macam buat tocang.
 
 
Tidak disangka kembangnya ... sampai melekat-lekat lagi.
 
 
 
 
Sedap dicicah dengan air kopi, rasa macam roti perancis pun ada.
lembut pun...
 
 
Yang bulat-bulat ni Shima sapukan mayonese & taburkan chicken floss
untuk Najihah bawa ke sekolah... adik 3 yang kecil ..
ibu 2 yang besar.... he3x
 
 
Aktiviti yang seterusnya dari pagi hingga ke petang aktiviti
tempahan Oreo Cheese Tart.....
 
 
 
 
Serta mencuba sesuatu yang baru untuk koleksi pelbagai rasa
Cheese Tart Ku...
Peanut Butter Cheese Tart. Kepada sesiapa yang nak
tempah macam biasa ye ... sms atau calling2 kakak...
RM60 - 100 pcs
Atas permintaan adik Shima yang di KL dan untuk
Shima pelbagaikan lagi jualan Cheese Tart. Alhamdulillah
makin banyak permintaannya Peanut Butter Cheese Tart ni.
Rasanya ... usah dipertikaikan. Pastinya sedap.!!!!
Tidak oder rugi.... he3x
 
 
 
 
Aktiviti yang seterusnya buat Cheese Lemon Cake
Kebetulan petang tu kawan anak Shima datang
so hidangkan bersama teh o .....
ermmm ... sekejap je selesai. Alhamdulillah.
Nanti kalau kita orang datang aunty buat lagi ye..
InshaaAllah ye anak-anak... he3x
awak semua kena tunggulah bila Muhaimin balik JB ye.
 
 
 
 
Aktiviti wajib... ha3x
Sambil buat kerja rumah sempat juga buka FB tak pun tengok movie
di youtube... kalau tidak boring nanti.
Salah satu dari rakan FB ada offer recipe booklet. Shima selalu juga
singgah di blog beliau. Kepada siapa yang nak kan buku resepi tu kena
cepat hantar comment. Tanpa membuang masa apa lagi...cepat!!!
 
 
 
 
 
Shima no 6 dari 10 orang ... Nampak tak saya comment kat situ??
 
 
Sekarang ni Shima masih tunggu buku recipe tersebut. Maybe after
CNY sepertimana yang dijanjikan. Anyway Wishing Happy CNY kepada
Wendy from Table For 2 or More. Nanti kalau Shima
dah dapat bolehlah dikongsikan resepi2 dalam buku tu yer..
Ok lah kawan-kawan sampai kita bertemu lagi di lain post.
Sekian, Wassalam.