Tuesday, November 09, 2010

Kacang Pool

Salam rakan-rakan. Sepertimana yang Shima janjikan tempohari nak beri 2 atau 3 resepi semasa majlis port luck. Ok.... antara kesukaan rakan-rakan di bahagian kewangan ialah Kacang Pol hasil dari masakan Hjh Nurkarimah. Kacang Pol ni memang menjadi masakan kegemaran keluarga Shima juga. Sempena hari raya Aidiladha yang tak lama lagi ni bolehlah rakan-rakan nak mencuba. Ringkas sahaja bahan-bahannya. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan. Bahan-bahan ni boleh di agak2 semasa memasak yer. Ini ikut sukatan Shima yang selalunya makan dalam 4 hingga 5 orang.
Bahan-bahannya :-
Roti Perancis - Shima pakai roti Gardenia
500gm daging cincang
1 tin kecil minyak sapi
Blender :-
2 inci halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 atau 2 paket rempah beriani (Faiza) - bancuh dengan sedikit air
1 tin kecil baked beans (Ayam brand) *blender jgn masukkan air ~ asingkan
1 tin kecil kacang peas (Ayamb brand) * blender dengan airnya ~ asingkan
garam
Ramuan sampingan :
2 biji bawang besar - dipotong dadu
5 biji lada hijau - dibuang biji - dipotong dadu
5 biji telur - Shima pakai telur Omega- goreng sebiji-sebiji seperti telur mata lembu - kalau boleh goreng tanpa minyak
10 biji limau kasturi - potong 2
cara-caranya :
Panaskan periuk masukkan minyak sapi. Bila sudah panas masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi (bawang putih, halia, bawang besar & rempah beriani). Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang yg telah dibersihkan (daging akan mengeluarkan air) dan masak sehingga kering sedikit airnya. Kemudian masukkan baked beans & kacang peas yang telah diblender tadi. Kuah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat yer...... Kecilkan api kemudian masukkan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian bolehlah dimakan dengan bahan-bahan ramuan sampingan tadi yer.
Di sini Shima sertakan gambar Kacang Pool semasa majlis port luck tempohari.
Ok rakan-rakan selamat mencuba... Salam sayang dari Shima Ismail

Friday, November 05, 2010

Macam Macam Ada.....

Salam rakan-rakan.... kali ni Shima nak coretkan mengenai majlis suka-suka + potluck anjuran bahagian kewangan setiap tahun sempena lebaran yang lalu (baru nak post... he3x). Berbagai2 makanan yang disediakan sendiri dari kakitangan kewangan. Antaranya nasi dagang, kacang pool, bakso, mee bandung, makaroni goreng, nasi empit & rendang, burasak, spagetti, "bone steak" (paling di gemari ..... ), soto, kek marble, kek coklat, pudding, biskut milo, coklat tak ketinggalan air & buah2an. Sebelum makan-makan kami marhaban & baca doa dulu.... ambil berkat!!!! Jom tengok gambar2 yang semestinya dari Encik Amran ~ photographer kami..... he3x Sessi gantung kad raya & ketupat sebelum majlis bermula....... sebab nak kan suasana lebaran...

Siap ada lagu raya ......!!! laptop Aishah jadi sasaran ... sambil menunggu kedatangan rakan2 dari bahagian2 lain...... jemput masukkkkk....... Menu-menu dari kami :- Spagetti istimewa dari Hazli & Bakso dari Shima (cuma nampak kuah Bakso sahaja ~bahan2 yg lain tidak kelihatan.... he3x) Siap dapur lagi untuk panaskan kuah.... makan panas2 lah sedapkan.......

Nasi dagang dari Natashah, Kacang pool dari Nurkarimah dan Burasak dari Salbiah.... semuanya sedap...... Nasi empit dari Nur'Ain, Soto dari Hjh Rohaya & Mee Bandung dari Anum... bau kuah2nya ...... mengancam...!!!!!

Homemade menu dari Shima ~ kuih2 raya dalam tin, 3 jenis coklat & banana muffin

Caramel dari Aishah, biskut milo dari Effa manakala kek marble & kek coklat di bawah dari Maya Pudding berkuah buatan istimewa dari Aishah , coklat dan kuih2 raya dari Anum manakala kuih suji dari Fira. Ohhhh ... ni pula menu permintaan istimewa dari rakan-rakan iaitu "Bone Steak" dari Encik Misran .... perghhhh... saper lambat x dapat.... Kalau macam ni punya sedap .... kira main menu lah.... tiap-tiap tahun hah!!! . . jgn mare... terimakasih juga kepada Kak Saniah (wife Misran) kerana sudi masakkan

Sebelahnya pula Macaroni special dari Diana dan pudding di bawah ni dari Yatey.... sedap walaupun baru first time buat... resepi pun baru dapat dari internet lagi....he3x (cayalah Yatey)

Kita tengok pula gambar-gambar sebelum & selepas marhaban dan baca doa....... Apa lagi kawan-kawan.... jemputlah

Bermula sessi makan-makan.... janganlah malu-malu....

Fira yang tak pernah makan "bone steak", boleh tahan juga..... serta wajah-wajah keceriaan rakan-rakan sepanjang menikmati hidangan

Kepada rakan-rakan semua terimakasih kerana menghadiri majlis kami dan diharap berpuas hati dengan hidangan yang tidak seberapa dari kami . Kepada rakan-rakan yang inginkan resepi-resepi tunggukan coretan Shima yang seterusnya... InsyaAllah akan Shima berikan 2 atau 3 resepi ..... hasil dari masakan rakan2 Shima untuk kita kongsi bersama.

Sampai kita bertemu lagi di coretan Shima yang seterusnya.

Salam sayang :

Monday, November 01, 2010

Itulah rezeki ........

Salam dan selamat malam rakan-rakan. Syukur dan alhamdulillah kehadrat ilahi kerana pada tahun ini salah seorang rakan pejabat Shima ~ Norazim Shukor dan rakan lama satu pejabat iaitu Puan Rohani Betak & suami dapat menunaikan fardhu haji dan akan berangkat pada 3 hb November cuma flight mereka yang berbeza. Termakbul jua hajat mereka untuk menunaikan haji pada tahun ni. Sesungguhnya itulah rezeki cepat atau lambat jika diizinkan dan diseru olehNya untuk menjadi tetamuNya akan pergi jua. Norazim dapat tahu Khamis minggu lepas manakala Kak Nani 3 minggu lebihawal. Hari ni rakan-rakan dipejabat pun dapat rezeki juga dari Norazim untuk makan tengahari. Sedap tu..... terimakasih banyak-banyak yer. Kepada Norazim, Kak Nani & suami ~ maafkan kesalahan kami sepanjang kita bekerja bersama, kami juga doakan semoga kalian semua akan dapat menunaikan ibadat haji dengan sempurna, selamat segala-galanya, tak ketinggalan juga doakan yang terbaik untuk kami rakan-rakan anda disini juga yer dan semoga Norazim Shukor, Kak Nani & suami mendapat haji yang mabrur. Amin ...........

Memang rezeki...... makannnn jer dari minggu lepas dari satu majlis ke satu majlis. Selepas ni makan lagi sempena majlis menyambut Hari Raya Aidil Adha.......

Sampai kita jumpa lagi di lain coretan tentang makan semestinya dari Shima. Salam sayang semuanya......

Sunday, October 31, 2010

Roti John ~ Shima

Salam rakan-rakan. Kali ni Shima nak coretkan tentang menu ringkas resepi Shima sendiri yang dah lama Shima tak buat iaitu Roti John sempoi . Nak kata susah untuk menyediakannya taklah susah sangat cuma kalau "M" = malas tu besar susahlah jadinya. Dua hari lepas husband minta tolong buatkan. Kadang-kadang Shima beli jer dipadang permainan di kawasan perumahan Shima . RM3 tak de letak sayur-sayur tapi rotinyalah yang lain sikit lembut coz special oder. Kebetulan minggu ni Najihah balik dari asrama so Shima buatlah sekali lagi. Boleh di buat sarapan atau makan malam kalau x masak .... he3x .... mengenyangkan kalau buat sendiri boleh letak roti berlapis2 dan sosnya pun boleh letak banyak2. Ok lah jom kita tengok bahan-bahan untuk menyediakan Roti John sempoi.
Bahan-bahannya agak2lah yer dengan isi keluarga: Roti (Shima gunakan Gardenia)
Daging cincang ~ bersihkan
Blender
Bawang putih Bawang merah Halia Lada hijau (jika nak pedas) tak letak pun tak pe
Rempah beriani garam Telur Kobis hiris (jika suka) Sos lada hitam Sos cili Mayonis (Ladies choice) Cara-cara menyediakannya dagingnya :- Panaskan kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan rempah beriani sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan daging cincang (air akan keluar dari daging) kecilkan api. Masukkan garam. Masak sehingga air daging kering. Dah masak sejukkan.
Cara-cara menyediakan roti john sempoi:- Masukkan 2 - 3 biji telur dlm mangkuk & pukul. Kemudian masukkan daging yang telah dimasak tadi. Jangan banyak sangat dagingnya yer agak2 jer. Gaul2kan supaya daging tidak berketul2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak kemudian masukkan daging dan tekapkan roti (pastikan api kecil) buat sehingga habis. Kemudian sapukan mayonis, sos lada hitam, cili sos & kubis hiris pada roti tadi... dah siap buatlah berapa banyak lapis yang di kehendaki seperti gambar di bawah ni. So apa tunggu lagi ...... jom cuba.
Ok rakan-rakan selamat mencuba dan sampai jumpa lagi di lain coretan. Salam sayang dari

Thursday, October 28, 2010

Senyuman

Salam rakan-rakan... !!! Kali ni Shima nak coretkan tentang SENYUMAN. Orang selalu kata ... tengok wajah "dia" ketika senyum sejuk mata memandang, tenang jer... hah itu kalau orang dalam alam percintaan, kalau yang dah berkahwin melihat wajah pasangan dengan rasa kasih sayang pasti mendapat berkah begitu juga jika melihat wajah ibubapa dan anak-anak. Wajah terpancar ceria jika disertai dengan senyuman. Sesungguhnya senyuman itu satu sedekah yang tiada memerlukan modal tetapi sebaliknya mendapat pahala. Mulakan hari-hari mendatang dengan senyuman kerana dengan senyuman mendatangkan rezeki...."What u give u get back...!!!!" Oklah dari coretan tentang SENYUMAN jom kita tengok gambar-gambar dari SENYUMAN-SENYUMAN ceria adik-adik (pada Shima pangkat anak-anak kerana umur mereka sedikit lebih kurang dengan anak Shima) sepanjang mereka praktikal disini. Semoga mereka mendapat sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman tersendiri yang tidak akan mereka lupakan di hari-hari terakhir berada disini...... Ni pula gambar-gambar majlis perpisahan yang dianjurkan oleh mereka dan sessi bergambar suka-suka sebagai kenangan pada 28 Oktober 2010

Barisan pelajar-pelajar praktikal ~ Norellisa, Rabiatul Aishah, Effa Edora, Nor Hafezza (Bam) Fira, Saiful dan Azuan. Oh yer lagi seorang pelajar praktikal di bahagian pemasaran & Jualan ialah Nor Ashikin (tudung purple) dan ini pula semasa Azuan berucap dan membaca doa sebelum makan..... Sessi makan pun bermula ....

Kini bermula sessi bergambar suka-suka untuk kenangan ......

Senyuman ceria dari Rabiatul Aishah (bertudung hitam) dan semuanya .... senyuman yang akan di rindui oleh kami semua juga......

Sampai jumpa lagi di lain coretan........ salam sayang dari

MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT

Salam rakan-rakan sekalian !!! dan bertemu kita kembali di coretan Shima seterusnya. Sepertimana yang Shima coretkan semalam selain menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 19, di pejabat pula diadakan majlis tahlil & doa selamat bulanan serta pemberian sumbangan kepada kakitangan yang menyambut ulangtahun dari bulan Ogos, September & Oktober termasuklah Shima yang menyambutnya pada 7 Oktober yang lalu. Umur Shima ???? hahaha biarlah rahsia... Kepada rakan-rakan yang menyambut ulangtahun sepanjang bulan tersebut Shima doakan agar kalian sentiasa berada didalam rahmat Allah, diberkati dan diperbanyakkan rezeki yang halal, sentiasa sihat sentiasa semoga dapat menjalani tugas2 harian sebaik mungkin sepertimana yang telah diamanahkan menjadi pekerja yang dedikasi dengan tugas yang diberi tak ketinggalan juga kepada sahabat Shima yang berkongsi tarikh lahir yang sama cuma tahun sahaja yang berbeza iaitu Hjh Rosidah Md Nasir semoga tercapai apa jua yang dihajatkan dan semoga anak beliau cepat sembuh kerana anaknya baru keluar dari hospital semalam. Oklah rakan-rakan jom kita lihat gambar dan gelagat rakan-rakan Shima sepanjang majlis tersebut.....

Bacaan yassin selepas solat asar menunya ... satay ayam & daging, kuah lodeh, ketupat & air anggur....

tembikai, serunding daging, sambal & pudding.... emmm sedapnya...
Sessi penyampaian sumbangan

Sessi makannnnn........ emmmmmmm .... sedappppppp

Ok lah rakan-rakan sampai kita jumpa lagi di lain coretan yang semestinya tentang makan-makan lagiiiiiiii.......... Salam sayang dari

Wednesday, October 27, 2010

~ Cinta Kita ~

Inilah aku apa adanya,
Yang ingin membuatmu bahagia,
Maafkan bilaku tak sempurna,
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya,
Yang ingin selalu disampingmu,
Ku tahu semua tiada yang sempurna,
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang,
Ku ingin kau selalu disisi,
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi,
Dan dunia menjadi saksinya,
Untuk apa kita membuang-buang waktu,
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga,
Cinta kita yang telah kita bina,
Walau hari terus berganti hari lagi,
Cinta kita abadi selamanya
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi,
Dan dunia menjadi saksinya,
Untuk apa kita membuang buang waktu,
Dengan kata-kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga,
Cinta kita yang telah kita bina,
Walau hari terus berganti hari lagi,
Cinta kita abadi selamanya
Salam sayang dari Shima hari ini untuk rakan-rakan yang mengikuti blog Shima yang tak seberapa ni. Wah...!!!! hari ni Shima mulakan dengan lirik lagu dari penyanyi Shireen Sungkar & Teuku Wisnu dari Indonesia. Kenapa mulakan dengan lirik lagu ek...???? Sebenarnya lagu ni diambil dari senetron CINTA FITRI yang Shima & husband follow dari season 1 hingga season 6. Banyak suka duka susah senang yang dilalui oleh pasangan tersebut untuk menjadi pasangan yang bahagia.
Syukur & alhamdulillah...... sebenarnya hari ini 27 Oktober 2010 genap ulangtahun perkahwinan Shima yg ke 19. Ucapan utk suami tersayang ~ Hj Ab Rashid Hj Bukhairah terimalah Shima seadanya (nobody perfect) kerana kita memerlukan pasangan untuk lengkap melengkapi diantara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik sebagai hamba Allah, sabar menghadapi cabaran sepanjang kita hidup bersama semoga kebahagiaan kita berpanjangan hingga ke akhir hayat dan menjadi contoh terbaik untuk anak-anak kita. Tiada apa yang Shima minta dari suami tersayang cuma Shima harapkan agar kami sentiasa membajai kesetiaan dan kejujuran kami bersama hingga ke akhir hayat dan terimakasih yang tidak terhingga kerana sabar dengan kerenah isterinya dan anak-anak tersayang .......
Kepada rakan-rakan Shima juga mohon doa dari kalian. Ok lah sampai kita berjumpa lagi di lain coretan. Salam sayang dari

Tuesday, October 26, 2010

Sejuta kenangan di rumah pusaka

Salam sayang dan bertemu kembali dengan coretan Shima yang ringkas dan tak seberapa ni. Kali ni Shima nak coretkan tentang sejuta kenangan dirumah pusaka Hjh Zaleha Baba & Jantan Karim ~ rumah arwah atuk & nenek di Masjid Tanah, Melaka. Rumah pusaka (sebelah mak) ni berusia lebihkurang hampir 100 tahun. Oleh itu banyak kenangan yang berlaku dirumah pusaka ni dari mak kecil dan di besarkan dirumah ni, berkahwin, kemudian merantau dan kembali semula ke rumah pusaka dan tinggal di situ hingga sekarang selepas menunaikan haji dan abah pencen. Semasa rumah pusaka ini hendak dirobohkan mak tak sanggup nak tengok lalu dia balik ke JB. Selesai kerja-kerja merobohkan baru di balik semula ke Melaka, tak sampai hati katanya.Untuk mak dan abah kenangan tu akan akak (panggilan untuk Shima) simpankan gambar2nya di blog untuk jadikan kenangan. Kepada rakan-rakan blogger yang masih ada rumah pusaka jagalah ia sebaik mungkin kerana rumah pusaka meninggalkan sejuta kenangan terindah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit hanya ingatan jadi kenangan. Jom tengok gambar2nya....

Gambar atas adalah gambar keseluruhan rumah. Manakala sebelah kiri bahagian tengah rumah dan sebelah kanan ialah serambi. Ni lah tempat kami adik beradik main2 dan sehingga tertidur selepas makan tengahari. Tidur di sini tak perlu pakai kipas.... angin tiup sepoi2........ Kalau malam tak lah tidur di sini.... takut !!!! he3x Masa Shima kecik2 dulu, nenek ada letak satu tong dram besar ditepi tangga. Kalau hujan air akan keluar ikut salur untuk nenek buat air siram pokok dan kita orang adik beradik tumpang mandi hujan pulak kat situ. Sekarang kalau anak2 nak main hujan mesti ibubapa tak bagi kalau dulu di biarkan jer....

Masa nenek menjemur padi bawah rumah ni pulak tempat kami adik beradik "port" jaga ayam supaya tak makan padi yang di jemur.... caranya senang je kumpul batu kecil2 pas tu kalau ada ayam datang nak makan padi apalagi balingggggg......... he he he
Klu nak makan ayam cakap jer dengan atuk .... pilih ayam mana satu... pas tu pergi kejarrrrrr..... sampai dapat. Dah dapat tangkap bagi kat atuk, atuk akan sembelihkan..... hehehe senang jer kan... anak-anak sekarang tak merasa mengejar ayam....
Gambar ni pulak bahagian"darat"~ (bahagian belakang) banyak pokok2 besar. Dulu ada pokok manggis, rambutan & durian. Kalau nak makan jantung pisang arwah nenek ambil jer kat pokok pisang belakang rumah. Pucuk ubi, cili padi, bendi, daun kunyit dan macam2 daun lagi ada kat "baruh" ~ bahagian depan rumah. Sekarang mak pulak yang ambil alih tanam tanaman tu pulak. Nanti kita tengok hasil2nya.
Ni gambar selepas sessi meruntuhkan rumah.... sedih sungguh.... cuma tinggal tangga batu dibahagian belakang dan bahagian depan kat serambi serta bahagian dapur yang kecil untuk kenangan. Kalau dulu tak buat tangga & dapur batu tak de lah yang hendak ditinggalkan kenangan... hanya tapak rumah jer lah.....
Ni lah hasil tanaman mak di sekeliling rumahnya sekarang. Ada pokok pisang, daun kunyit, cili, daun selasih, daun kesum, serai & bendi. Alhamdulillah semuanya menjadi... . siap ada bela ayam lagi..... tapi reban ayamnya Shima tak sempat nak snap....

Ni pulak konon2 nak bergambar berlatarbelakangkan sawah padi... tapi dah tinggal begitu jer dengan rumput2 yang tumbuh. Oklah rakan-rakan sampai berjumpa lagi di lain coretan.... salam sayang dari