Wednesday, February 13, 2013

Senyum ... Menarik Rezeki


Selasa, 12 Februari 2013 bersamaan 1 RabiulAkhir 1434H.

Salam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan coretan hari ini dengan coretan yang ringkas tetapi tersirat banyak ilmu. Bermula Setelah seharian mengemas rumah dengan kotak-kotak yang masih belum dikemas sepenuhnya setelah sekian lama rumah siap diubahsuai dan ditambah pula dengan  kotak-kotak barangan sendiri daripada pejabat. Selongkar punya selongkar Shima jumpa beberapa kotak yang didalamnya majalah NUR dari 2008 hingga 2011 majalah Anjung Seri dan beberapa majalah lagi. Bila dah dikumpul ... banyaknya majalah-majalah tu. Nak dibuang sayang. Bila dijual murah. Oleh kerana sayang kotak-kotak tu diletak semula ditepi. Nanti duduk petang-petang dan kalau ada masa bolehlah dibaca dan ditengok semula sebab banyak info-info didalamnya yang boleh dijadikan rujukan dan ikutan. Sambil membelek majalah NUR ada artikel yang Shima nak kongsikan untuk dipost berkaitan MOGA MURAH REZEKI, gambar-gambar daripada sumber google dan koleksi Shima.

Mengisahkan seorang ahli sufi, Abu Yazid al-Busthami dikunjungi seorang lelaki yang wajahnya murung dan kening selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan,sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh dengan kesulitan?"
 
Abu Yazid menjawab sederhana. "Perbaikilah penampilanmu. Ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah manusia yang paling miskin, namun wajahnya selalu ceria dan tak pernah keruh. Sebab kata Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka adalah muka masam yang membuatkan orang curiga kepadanya."

Mulai hari itu,wajah lelaki itu sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, selepas itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Sikapnya juga mula ramah, wajahnya sentiasa menguntum senyuman persahabatan.
 
Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
 
Moral of the story ... sentiasa senyum kerana senyuman adalah sedekah yang paling mudah dan boleh menarik rezeki.
 
Jom tengok gambar-gambar "senyuman" dan hanya mereka-mereka yang berada didalam gambar ini yang mengetahu situasi ketika itu......Dan inilah wajah-wajah senyuman sebelum dan sesudah menangis.... he3x
Semoga senyuman Shima seterusnya akan menarik rezeki sebanyak-banyaknya dan meninggalkan kesedihan...
 
 Bersama Puan Fatimah yang sentiasa ceria
 
Bersama sahabat-sahabat yang akan menamatkan perkhidmatan
 
 
Sessi bergambar Jabatan Pentadbiran & Kewangan
 
Bersama Natasha
 
Rahayu, Shima, Maya, Natasha, Nurkarimah dan Salbiah
Semoga sukses semuanya selepas ini
 
Ahli BKKU yang menjalankan tugasan terakhir
 
Alhamdulillah tugasan terakhir selamat dijalankan dengan jayanya
 Senyuman setelah tamat tugas-tugas khas yang disandang
 
 Senyuman dari sahabat-sabahat satu unit
Rahayu, Shima, Salbiah dan Anum.. All the best to all of you guys!!
Hazlin, Ayu, Shima, Salbiah, Anum dan Natasha
semoga persahabatan kekal untuk selama-lamanya
 
Bersama Ketua Pegawai Operasi Encik Arbain Paiman dan
kakitangan daripada Jabatan Pentadbiran & Kewangan 
 ...... Senyum sesudah Menangis.....
 
Ok kawan-kawan sampai berjumpa lagi di lain post. In shaa Allah dengan coretan yang ringkas tetapi menarik. Sekian Wassalam.