Wednesday, December 26, 2012

Lipatan sejarah di ULSSB dari 16 Mei 1991 - 31 Disember 2012

26 Disember 2012 (Rabu) bersamaan 12 Safar 1434H

Assalam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan coretan diblog yang telah lama Shima tinggalkan. Selain sibuk dengan menyelesaikan tugasan harian di pejabat begitu juga sibuk mengemas barang-barang sendiri. Maklumlah pada 31 Disember 2012 ini merupakan hari terakhir Shima berkhidmat di ULSSB setelah lebih kurang 21 tahun. Bermula melapor diri pada 16 Mei 1991 dan pada ketika itu ULSSB dikenali SBBU Sdn Bhd bersama sahabat Shima dari kecil iaitu Noraishah Ali yang kini masih bertugas di Angsana. Pada ketika itu Pengurus Besar SBBU Sdn Bhd adalah Encik Ibrahim yang kini telah bergelar Dato' dan kemudian digantikan oleh Tuan Haji Safie Abd Rashid dan beliau juga telah bersara.

Shima mula bertugas dibahagian Pentadbiran manakala Aishah di bahagian Projek. Seterusnya disahkan jawatan setelah 5 bulan berkhidmat. Di bahagian pentadbiran Shima di unit yang sama Sdr Hamsan dan juga Misran dan diketuai oleh Encik Hamzah Ali. Banyak aktiviti dihujung minggu bekerja antaranya berjogging dan aktiviti sukan yang diadakan samaada perlawanan bola sepak dan bola tampar.

Kemudian Shima ditukarkan ke bahagian Kewangan pada 15 Jan 1992 sehingga Oktober 2011 diketuai oleh Puan Fatimah Hj Khalid sehingga kini. Sepanjang berkhidmat di ULSSB banyak kenangan pahit manis yang Shima lalui. Banyak kenangan indah yang tidak dapat Shima lupakan. Bermula dari Unit Kawalan Kredit yang diketuai oleh Encik Mohd Noor dan kemudiannya oleh Nurkarimah. Mendirikan rumahtangga selepas beberapa bulan disahkan perkhidmatan pada 27 Oktober 1991 dan memiliki sepasang cahayamata iaitu Muhammad Muhaimin yang ketika ini berusia 19 tahun menuntut di UIA dan Khairunnisa Najihah yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013.

Sepanjang bertugas Shima banyak mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan di pejabat atau di ibupejabat UDA di Kuala Lumpur, Hari Warga Kerja begitu juga Hari Keluarga dan macam-macam lagi majlis yang dianjurkan oleh pihak syarikat dan alhamdulillah Shima juga menunaikan haji pada tahun 2006 sepanjang berkhidmat disini.

Mendapat ketua unit iaitu Unit Akaun Syarikat yang amat memahami iaitu Rahayu Dorajak dan rakan-rakan seunit iaitu Salbiah dan Asa Anum. Banyak kenangan indah yang kami lalui bersama. Masing-masing daripada masih anak dara sehingga telah mempunyai beberapa cahayamata.  Begitu juga kepada rakan-rakan sekerja yang lain antaranya Nur'ain, Nurkarimah, Kak Ya, Yatey, Diana, Maya, Hazlin, Natasha dan tidak ketinggalan Shida (coz tarikh lahir kami sama tahun saje yang berbeza)  Sifat sayang menyayangi serta tegur menegur diantara satu sama lain membuatkan ikat persahabatan dirasakan sebagai ikatan persaudaraan. Memang adat kalau ada yang kecil hati atau sebagainya kami anggap itu sebagai satu pengalaman dan asam garam didalam kehidupan persahabatan rakan sekerja yang berkerja dibawah satu bumbung.

Kemudian Shima ditukarkan semula ke Bahagian Pentadbiran, mengambil alih tugas sahabat Shima yang telah kembali kerahmatullah iaitu allahyarham Rashdan. Di bahagian pentadbiran Shima banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Kak Mas. Jasa serta tunjuk ajar Kak Mas tidak akan Shima lupakan. Semasa bertugas di bahagian pentadbiran banyak kenangan dan tugasan yang Shima uruskan antaranya Lawatan Kerja Kakitangan ULSSB ke Bandung, Indonesia dan ke Batam Indonesia selain daripada menguruskan setiap kakitangan untuk menghadiri kursus in-house atau keluar daerah. Ucapan jutaan terima kasih kepada Sdr Zulkifly Ahmad, Sdr Misran Rais, Mohd Hatta, Abu Amar, Yusof dan Pakcik Saion yang sangat membantu semasa kami bertugas bersama.

Pada November 2012 Shima telah menerima tawaran VSS dan akan menamatkan perkhidmatan di ULSSB pada 31 Disember 2012. Tarikh yang tidak akan Shima lupakan kerana perasaan bercampur baur antara suka duka, sedih tidak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Walaupun hati merintih sedih tapi bila di fikirkan semula, ada hikmahnya yang Shima tidak ketahui disebaliknya. Anggap saja itu adalah perjalanan hidup, dimana Shima hanya dapat memberi sumbangan dan berkhidmat selama 21 tahun di ULSSB dan InsyaAllah Shima akan menguruskan perniagaan kecil-kecilan walaupun masih dalam perancangan. Harapan dan doa dari rakan-rakan Shima harapkan untuk menjadi yang lebih baik.

Kenangan bersama rakan-rakan sekerja yang sudah dianggap seperti adik beradik membuat hati merasa sedih setiap kali ingin ke pejabat yang masih tinggal 3 hari lagi. Walaupun hati merintih sedih tapi kerana tugas yang telah diamanahkan harus dilakukan sehingga diakhir perkhidmatan. Serahan tugas telah Shima lakukan pada hari ini kepada Tengku Anna Salha yang akan mengambil alih tugas Shima nanti. Di hati merasa lega kerana InsyaAllah tugas yang selama ini yang telah diamanahkan kepada Shima telah Shima lakukan sebaik mungkin. Shima doakan agar Anna pun dapat menjalankan tugas sebaik atau lebih baik daripada Shima.

Kepada rakan-rakan pejabat yang mengambil VSS didoakan agar kita menjadi insan/pekerja yang penuh dengan dedikasi semoga lebih baik dari sekarang. Kepada rakan-rakan yang menjalankan perniagaan uruskan dengan seikhlas hati dan pasti kejayaan menanti kita. Yang masih bertugas, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin kerana setiap kerja yang kita lakukan adalah amanah agar menjadi punca rezeki yang halal.

Oklah rakan-rakan blogger sekelian sampai di sini dulu ye, In sha Allah kita sambung dengan cerita-cerita harian pula. Kerana Shima akan menguruskan acara majlis makan malam 31 Disember 2012 nanti di Anjung Warisan. Sebelum tu kita tengok dulu gambar-gambar kenangan dari Jabatan Pentadbiran & Kewangan sepanjang Shima berkhidmat di ULSSB.....
 
Al Fatihah kepada rakan-rakan yang telah meninggalkan kita kepada allahyarham Mohd Nor Abdullah dan allahyarham Rashdan Ab Rahim. Begitu juga untuk allahyarhamah Aslinda Selamat dan allahyarhamah Salmiah Kusrin
 
 Allahyarham Mohd Noor dan allahyarham Rashdan

Sempena Majlis Makan Malam BKKU 2012

 
Shima, AJK BKKU Sempena Majlis Detik Berlalu Sejuta Kenangan
 
Bersama Natasha & Hazlin

Bersama Sdr A Karim Supok..

 
Ambil sumbangan untuk anak Shima, Khairunnisa Najihah
bagi keputusan PMR




Puan Fatimah, Shima dan Kak Mass
Kakitangan Jabatan Pentadbiran & Kewangan
Kakitangan Jabatan Pentadbiran
 
Kakitangan Jabatan Pentadbiran & Kewangan dengan wajah yang ceria
Selamat menjalani kerjaya baru selepas VSS
 
Aktiviti paling diminati... Bowling!!!
 

Sekian, salam sayang dari Shima & sampai bertemu dilain post. Wassalam.