Wednesday, February 13, 2013

Sambal Simple Ikan Kembong

Rabu 13 Februari 2013 Bersamaan 2 RabiulAkhir 1434H

Salam dan dengan lafaz Bismillah hari ni Shima nak coretkan resepi sambal simple ikan kembong. Resepi ni tidaklah susah sangat . Kalau dah emergency dan tidak ada idea nak masak ni pun jadilah. Lawankan pulak dengan taugeh atau kobis masak lemak dan telur goreng. Di sebabkan tinggal berdua dengan Najihah, resepi seringkas dan pastinya sedap yang ibunya sempat masak. He3x...

Walaupun lauknya simple yang penting keluarga kenyang hasil dari air tangan ibunya yang ala-ala kategori "bolehlah" masak. Nak kata pandai sangat tidaklah janji boleh mengenyangkan. Gambar bahan-bahannya tidak perlu ditunjukkan ye sebab rasanya semuanya sudah tahu. Sebelum masak bacalah Bismillah....

Jom kita tengok bahan-bahannya :

ikan kembong yang telah siap digoreng
bawang merah - diblender
lada kering - diblender
bawang besar di hiris
sedikit asam jawa - paste
garam
gula atau serbuk sesedap rasa - optinal (salah satu)

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bawang merah dan lada yang telah diblender
3. Tumiskan sehingga ladanya garing - masak dengan api sederhana
4. Bila ladanya telah garing, masukkan asam jawa paste (gunakan hujung sudu sahaja)
5. Masukkan sedikit air
6. Bila sudah mendidih masukkan sedikit gula/serbuk sesedap rasa dan garam
7.  Kemudian masukkan ikan kombong yang telah siap di goreng.
8. Gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris.
Alhamdulillah inilah hasilnya. Masakan yang ringkas dan pastinya sedap. Jom kita tengok pulak resepi yang kedua.

Sambal Ikan Kembong
 
Bahan-bahan taugeh atau kobis masak lemak
 
taugeh yang telah disiang ekornya - dibersihkan
atau kobis dipotong dan dibersihkan
1 ulas bawang merah kecil dihiris
sedikit ikan bilis yang telah disiang kemudian diramas2 bersama dengan bawang merah
sedikit santan pekat
garam
lada merah dihiris untuk hiasan
 
cara-caranya :
1. panaskan sedikit minyak dan kemudian tumiskan ikan bilis dan bawang merah tadi atau masukkan ikan bilis dan bawang merah yang telah diramas didalam santan (buat salah satu)
kalau masak bersama santan api hendaklah menggunakan api kecil
2. bila santan telah mendidih masukkan garam dan dibiarkan sebentar
3. Masukkan taugeh atau kobis. Biarkan 2 - 3 minit. kemudian tutup api. Dan inilah hasilnya.
 
Tauge masak lemak
 
Telur goreng Nacho Cheese
 
2 - 3 biji telur
sedikit Nacho cheese
dipukul dan di goreng seperti biasa (tanpa minyak)
 
 
 
 
Bacalah Alhamdulillah selesai memasak. Sambal simple ikan kembong, taugeh masak lemak dan telur dadar nacho cheese. InshaaAllah pastinya sedap untuk kita berdua je ye Najihah. Kepada adik-adik yang ingin mencuba bolehlah ye... kalau dah buat dan hendak hantar sebarang komen bolehlah hantar di hp kakak (kepada sesiapa yang berkenaan sahaja ye)
 
Sampai kita berjumpa lagi di lain post. Sekian Wassalam..