Monday, April 26, 2010

Salam rindu serindu rindunya kepada rakan2 blogger sekelian. Lama sungguh Shima tak buat N3, coz camera anak dah bawa balik ke asrama. Nak N3 dari hp, gambar tak berapa clear almaklumlah.. Sepanjang bulan April ni sibuk dengan aktiviti harian di pejabat dan adalah sikit dari "sentuhan Shima" . Kali ni Shima N3 kan dulu aktiviti di pejabat sepanjang bulan April. Jom tengok jom. . . Hadiri kursus 'Professional Selling Skill' di pejabat selama 2 hari dari 6 - 7 April 2010 (Shima tudung pink) . . . .sebelum group presentation. Actually Shima dari Unit Akaun Syarikat Bahagian Kewangan, attend kursus ni bolehlah tambahkan pengetahuan dlm bidang jualan (jualan barangan sendiri. . . .wakaka) kalau boss tahu, tak hantar lagilah jawabnya. . . . .

Pn Marliza kami lantik sebagai pengurus pemasaran. . . . .sedang beri penerangan barangan jualan kami. . . . dan cara2 terbaik untuk jualan produk kami.

Tunggu soalan dari kumpulan2 yang lain. . . gelihati nampak mesti ada soalan yang melucukan. . . Selepas hadiri kursus pada 6 & 7 hb April hadiri pula majlis makan malam jalinan mesra BKKU pada 17 April di Starhill. Jom kita layan gambar2 nyer.

Kumpulan kami seramai 12 orang 6 lelaki 6 perempuan. Tema pada majlis ni Pelangi. . . bolehlah tudung Shima warna oren. Nama kumpulan PROAKTIF. Hah. . kejap lagi nak prensentation makna logo kumpulan ni. . . . Shima dan boss Pn Fatimah. . . . . sebelum pembentangan makna logo. . . .

Memperkenalkan ahli-ahli wanita kumpulan kami. . . .

Hah ni pulak ahli2 lelaki kumpulan Proaktif . . . .
Logo kumpulan. . .
Ni masa pembentangan makna2 warna dalam logo kami. Bolehlah. . . pembentangan dapat no 2.
Nantikan Shima di N3 yang seterusnya. . . .
Wassalam.