Wednesday, February 27, 2013

Roti Canai With Chicken Floss

Assalam dan dengan lafaz Bismillah, kali ni Shima nak coretkan resepi ringkas yang Shima buat iaitu Roti Canai With Chicken Floss untuk dikongsi bersama. Selalunya roti canai makan cicah kuah kari atau kuah dhal tapi Shima olahkan ala-ala makanan barat macam hot & roll.
 
Disebabkan husband terpaksa balik ke KL hari Ahad kerana ada urusan kerja di Brunei pada keesokkan harinya, jadi bila dah tinggal berdua dengan anak Shima apa lagi kalau boleh nak masak masakan yang ringkas dan yang pastinya mengenyangkan.

Tengok dalam peti sejuk roti paratha kawan brand ada. Di sebabkan malas nak masak kuah kari maka terhasil lah resepi roti canai with chicken floss. Jom kita tengok bahan-bahannya yang ringkas.
 
 
 
Alhamdulillah, akhirnya kenyang kami berdua setelah menikmati roti canai with chicken floss bersama secawan Nescafe, hasil sentuhan Shima kali ni. Kepada kawan-kawan selamat mencuba semoga ahli keluarga anda akan menyukainya.
 
Sampai kita bertemu lagi dilain coretan hasil sentuhan Shima yang seterusnya. Sekian Wassalam.