Sunday, February 03, 2013

Ayam masak lemak cili padi

Ahad 3 Februari 2013 bersamaan 22 RabiulAwal 1434H

Salam dan dengan lafaz Bismillah. kali ni Shima nak coretkan resepi ayam masak lemak cili padi atas permintaan seseorang. Lepas ni boleh beliau cuba masak untuk suami dan keluarga tersayang ye. Shima masak biasa-biasa dan simple je... tapi bila orang makan dan kata sedap, syukur alhamdulillah. So Shima kongsikan resepinya ye adik-adik untuk anggaran 2-3 orang. 

Bahan A
Ayam di potong kecil lebihkurang 6 ketul. Basuh dengan tepung gandum (untuk hilangkan bau hanyir) dan dibuang kulit
Bahan B - di blender
beberapa biji cili padi
bawang besar atau bawang merah kecil
kunyit / serbuk kunyit
Bahan C
Sehelai daun kunyit - pakai sebahagian sahaja
1 batang serai di titik
beberapa biji kentang - potong kecil masukkan dalam bekas berair supaya kentang tidak tukar warna
Bahan D
sedikit asam jawa paste - Shima gunakan hujung sudu sahaja
serbuk secukup rasa - kalau ada
garam
sedikit santan

Cara-cara :-

Mula-mula masukkan bahan B kedalam periuk bersama-sama ayam yang telah dicuci bersih. Masak dengan api sederhana lebih kurang 10 - 15 minit. Kacau 2 - 3 kali sahaja. Biarkan sehingga ayam tadi mengeluarkan air. Kalau kurang warna kuning, tambahkan kunyit serbuk. Kemudian masukkan serai.

 

Biarkan cili padi tersebut meresap kedalam ayam.
 
Gambar ni cili padi dah meresap pada ayam dan ayam
telah mengeluarkan air. Separuh kering.
 
Bila agak-agak hampir kering masukkan santan pekat, asam jawa paste dan daun kunyit. Biarkan seketika baru dimasukkan kentang.
 
Lebih kurang 10 minit baru masukkan santan cair. Api memang sentiasa kecil kerana kalau menggunakan api besar masak lemak cili padi akan pecah minyak... kira tak berapa cantiklah kuahnya nanti dan sentiasa perlu dikacau.
 
Pastikan kentang telah empuk baru dimasukkan sedikit serbuk secukup rasa kepada sesiapa yang menggunakannya dan sedikit garam. Biarkan sehingga kuah tersebut hampir pekat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.
 
 
Alhamdulillah siap sudah ayam masak lemak cili padi yang simple pasti sedap dari hasil sentuhan Shima kali ini (iye2 je) Kepada sesiapa yang ingin mencuba dipersilakan. Rasanya sudah pasti sedap sehingga tiada sebutir nasi yang tertinggal.... he3x
 
Sampai kita berjumpa lagi di lain entry dengan resepi simple dan pastinya sedap. Wassalam dan selamat mencuba.