Sunday, February 03, 2013

Ayam masak lemak cili padi

Ahad 3 Februari 2013 bersamaan 22 RabiulAwal 1434H

Salam dan dengan lafaz Bismillah. kali ni Shima nak coretkan resepi ayam masak lemak cili padi atas permintaan seseorang. Lepas ni boleh beliau cuba masak untuk suami dan keluarga tersayang ye. Shima masak biasa-biasa dan simple je... tapi bila orang makan dan kata sedap, syukur alhamdulillah. So Shima kongsikan resepinya ye adik-adik untuk anggaran 2-3 orang. 

Bahan A
Ayam di potong kecil lebihkurang 6 ketul. Basuh dengan tepung gandum (untuk hilangkan bau hanyir) dan dibuang kulit
Bahan B - di blender
beberapa biji cili padi
bawang besar atau bawang merah kecil
kunyit / serbuk kunyit
Bahan C
Sehelai daun kunyit - pakai sebahagian sahaja
1 batang serai di titik
beberapa biji kentang - potong kecil masukkan dalam bekas berair supaya kentang tidak tukar warna
Bahan D
sedikit asam jawa paste - Shima gunakan hujung sudu sahaja
serbuk secukup rasa - kalau ada
garam
sedikit santan

Cara-cara :-

Mula-mula masukkan bahan B kedalam periuk bersama-sama ayam yang telah dicuci bersih. Masak dengan api sederhana lebih kurang 10 - 15 minit. Kacau 2 - 3 kali sahaja. Biarkan sehingga ayam tadi mengeluarkan air. Kalau kurang warna kuning, tambahkan kunyit serbuk. Kemudian masukkan serai.

 

Biarkan cili padi tersebut meresap kedalam ayam.
 
Gambar ni cili padi dah meresap pada ayam dan ayam
telah mengeluarkan air. Separuh kering.
 
Bila agak-agak hampir kering masukkan santan pekat, asam jawa paste dan daun kunyit. Biarkan seketika baru dimasukkan kentang.
 
Lebih kurang 10 minit baru masukkan santan cair. Api memang sentiasa kecil kerana kalau menggunakan api besar masak lemak cili padi akan pecah minyak... kira tak berapa cantiklah kuahnya nanti dan sentiasa perlu dikacau.
 
Pastikan kentang telah empuk baru dimasukkan sedikit serbuk secukup rasa kepada sesiapa yang menggunakannya dan sedikit garam. Biarkan sehingga kuah tersebut hampir pekat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi.
 
 
Alhamdulillah siap sudah ayam masak lemak cili padi yang simple pasti sedap dari hasil sentuhan Shima kali ini (iye2 je) Kepada sesiapa yang ingin mencuba dipersilakan. Rasanya sudah pasti sedap sehingga tiada sebutir nasi yang tertinggal.... he3x
 
Sampai kita berjumpa lagi di lain entry dengan resepi simple dan pastinya sedap. Wassalam dan selamat mencuba.
 
 

Monday, January 28, 2013

Class My Best Cheese Tart

28 Januari 2013 Isnin bersamaa 16 RabiulAwal 1434 H

Assalam dan dengan lafaz Bismillah kali ni Shima nak coretkan tentang kelas "my best cheese tart" untuk sessi kedua selepas sessi pertama pada hari Jumaat lepas. Masa sessi pertama Shima tidak ambil gambar cuma student je yang ambil. So tiada gambar untuk Shima post. Pada sessi pertama telah dihadiri oleh 3 orang rakan-rakan dari office lama iaitu Natasha, Lynn dan Asa Anum. Kepada mereka Shima doakan agar ilmu yang diajar akan digunakan samaada buat untuk keluarga ataupun untuk jualan.
 
Terima kasih juga Shima ucapkan kepada mereka kerana telah memberi kepercayaan untuk Shima curahkan ilmu walaupun Shima taklah pro sangat dari segi masak memasak ni tapi yang simple2 tu
In shaa Allah bolehlah.
 
Oklah jom kita tengok dulu pelajar-pelajar Shima untuk sessi kedua pada hari ini, Isnin 28 Januari 2013 yang dihadiri oleh Hadyan Syafiq bersama Taqiah dan Indang Jalilah.
 
Mula-mula pelajar akan diajar
cara-cara membuat shell. Ni gambar setelah shell dibakar.
Ini Dr Indang Jalilah... walaupun kerja malam ni tapi masih berminat nak
belajar. Sedang  mengisi blueberries filling
Hah! ini pula Dr Taqiah..tak lama lagidah nak naik pelamin ni...
sedang mengisi oreo
Ni dia kumbang seorang... Hadyan Syafiq. Tahniah Hady dapat anugerah Dekan dan
akan sambung belajar di UiTM Shah Alam. Semoga menjadi seorang usahawan berjaya...!!!
Sedap sangatlah tu agaknya cheese filling nya hingga menjilat jari...
Sessi mengisi cream cheese filling didalam shell masing-masing lepas tu sessi
untuk membakar
Mula-mula jom kita bakar Hadyan punya dulu...
Pastu Dr Taqiah punya pulak
Last... Dr Indang
 
Ini hasil dari sentuhan Dr Taqiah... gebunya....
Ini hasil kerja Hadyan Syafiq, belajar khas untuk orang tersayang di Sarawak.
InshaaAllah cheese tart Shima akan terbang ke Sarawak dan akan dinikmati disana.
Semoga orang Sarawak berpuas hati.
  
Alhamdulillah Shima telah selamat menyelesaikan sessi pembelajaran "my best cheese tart" untuk sessi kedua. Kepada rakan-rakan dan anak-anak saudaraku yang pernah belajar buat jangan tak buat ye... 
 
Sampai kita berjumpa dilain post. Sekian, Terima kasih dan wassalam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, January 20, 2013

Bakso ku yang simple

Ahad 20 Januari 2013, bersamaan 8 RabiulAwal 1434H.

Assalam rakan-rakan blogger yang sudi menjengah dan dengan lafaz Bismillah, kali ni Shima nak coretkan pasal Bakso dipetang hari. Cuaca di Johor hujan dari tengahari hingga lewat petang ni. Perut pun berkeroncong minta diisi. Nak buat apa yer. Oleh kerana ada permintaan seorang sahabat yang minta resepi Bakso, apalagi petang ni ok juga kalau pekena bakso ermmm pun sedap juga. Kebetulan bahan-bahannya pun memang ada stok di peti sejuk. Jom kita tengok bahan-bahannya yang simple :-
 
Bahan2nya :-
 
Bebola daging - Shima selalu beli di Fama UDA
Bawang putih (ditumbuk sedikit - jgn hancur)
Serbuk lada putih (Shima pakai brand - The Red Chilli
Beberapa cili padi (ditumbuk - jgn hancur)
Sedikit garam
Mee Hoon / sayur sawi / taugeh / daun sop & daun bawang / bawang goreng & jangan lupa lada kicap
 
Bahan2 lada kicap :-
 
Beberapa biji bawang putih - Shima gorengkan dahulu untuk hilangkan rasa peda bawang putih.
cili padi
kicap manis - Habhal
beberapa biji limau kasturi
garam
gula
kesemua bahan diblender halus
 
Cara-caranya :
 
1. Masukkan air, bawang putih, serbuk lada putih dan beberapa biji bebola daging. Air ikut berapa banyak nak buat kuahnya.
2. Keluarkan bebola daging setelah bebola daging tersebut masak. Oleh kerana Shima tidak gunakan stok daging so bebola daging tu Shima racik-racikkan atau blender bersama sedikit air rebusan itu tadi dan masukkan semula kedalam kuah tersebut (mcm buat stoklah gitu)
3. Rebus lagi lama lagi bagus untuk dapatkan rasa yang lebih sedap. Shima memang rebus lama dan dengan api kecil sehingga cili padi dan bawang tadi betul-betul hancur.
4. Kemudian masukkan baki bebola daging. Pastikan daging tersebut telah masak baru dimasukkan sedikit garam.
 
Rebus dengan api yang kecil untuk dapatkan rasa yang enak
hasil dari bawang putih, serbuk lada putih & cili padi tersebut
 
Ini bebola daging yang selalu Shima gunakan. Beli di Fama UDA.
Bebola daging ni tidak terlalu lembik dan kental ketika dimakan
Serbuk lada putih Shima pakai yang kat belakang tu
 
 
 
 
 
Alhamdulillah dan nilah hasilnya. Bakso simple dari sentuhan Shima. Kepada yang ingin mencuba harap rasanya tidak menghampakan rakan-rakan. Sampai disini dulu coretan Shima. Sampai berjumpa lagi yer.... Wassalam.
 
 
 
 

Thursday, January 17, 2013

Pelbagai Cheese Tart Ku

17 Januari 2013, bersamaan 5 RabiulAwal 1434 Hijrah.

Assalam dan dengan lafaz Bismillah kali ni coretan Shima berkaitan cheese tart. Hah!! ada apa dengan cheese tart. Hari ni setelah siapkan tempahan dari Azi, sebenarnya tempahan dari Azi tidaklah banyak. Disebabkan ada masa terluang, Shima nak buat cheese tart dengan filling selain daripada Blueberry.
 
Dalam peti sejuk ada filling kiwi, manggo dan strawberry. Hari tu beli sebab nak buat kek. Sebab kek tak sempat-sempat nak buat so apa lagi rasanya bahan-bahan tadi Shima nak jadikan filling untuk cheese tart Shima kali ni. Errrmmm... rasanya sedap. Sebab ada rasa masam-masam manis dan kenalah pulak dengan cheesenya yang lemak-lemak tidak berapa manis.. he3x
 
So, sekarang ni produk Cheese Tart Shima dah ada pelbagai rasa. Coklat & Blueberry Cheese Tart, Oreo Cheese Tart, Kiwi Cheese Tart, Manggo Cheese Tart dan Strawberies Cheese Tart selain daripada Blueberry Cheese Tart. Apa lagi .... jom kita tengok gambar-gambarnya. Gambar untuk Strawberies dan Manggo Cheese Tart lupa nak snap sebab dah nak cepat. Rasanya sesedap Blueberry Cheese Tart. Kepada sesiapa nak buat tempahan... dipersilakan.
  
 
Filling chocolate hazelnut paste dan blueberry
Selalunya hazelnut paste ni Shima salutkan pada kek cokat..
 
 
just put one dot on top...
 
 
Tada....... inilah hasilnya Coklat & Blueberry Cheese Tart
rasanya errmmm .... sedap!!!
 
 
Filling coklat Hazelnut paste 
 
 
Selalu Shima tengok orang selalu gaulkan Oreo dalam cheese
tapi Shima taburkan diatas. Buat lain sikitlahkan...
 
 
Tada... ni lah Oreo Cheese Tart
rasa coklat didalam dan oreo diatasnya... ermmm
 

Ni pulak Shima letakkan filling kiwi
 
 
Just put one dot on top jugak, colour je lain. ikut filling....
 
 
Inilah hasilnya... Kiwi Cheese Tart
rasa masam-masam manis .... sedap!!!
 
 
Terimakasih kepada yang singgah ke blog Shima dan kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan sangat-sangat dialu-alukan....

 
Ok sampai kita berjumpa lagi dilain coretan. Wassalam.
 
 
 
 
 

 

Wednesday, January 16, 2013

Lempeng Kelapa & Terubuk Masak Asam

16 Januari 2013, Rabu bersamaan 4 Rabiulawal 1434 Hijrah

Assalam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan hari ini dengan coretan minum petang -lempeng kelapa cicah terubuk masak asam. Hari ni Shima tak masak sebab balik dari kelas belajar Tafsir dah dekat pukul 12 lebih. So apa lagi ke Restoran Minha lah jawabnya.

Semalam Shima ada masak ikan terubuk masak asam. Selalu ikan ni husband suruh bakar je. Sebab ikannya besar jadi masaknya pun lebih. Boleh sampai untuk minum petang lagi. Kali ni jom kita layan bahan2 untuk ikan terubuk masak asam koleksi Shima yang ala-ala simple.

Bahan-bahannya :

Ikan terubuk ditarik dulu sebelum disiang. Kemudian diperahkan dengan
limau kasturi atau lumurkan dengan air asam jawa selepas ikan dibersihkan. 
Bawang putih, bawang merah, halia (di kisar), daun kesum dibagi dua. 
gambar kat situ ada serai tapi Shima tidak gunakan. Sedikit lada hitam.
Bunga kantan (kalau ada masukkan kalau tak de pun tak pe)
ops terlupa .. sedikit lada yg telah diblender
Panaskan minyak. Masukkan sedikit daun kesum.
Dah garing masukkan
lada dan bahan2 yang telah dikisar tadi sehingga
ladanya garing dan naik baunya.
 
Kemudian masukkan asam jawa (Shima gunakan pes), air, sedikit lada hitam yang telah dikisar halus dan garam. Bila telah mendidih masukkan ikan. Biarkan selama 5 minit dan kecilkan apinya biarkan sehingga sekurang-kurangnya 20 minit. Minyak dari ikan terubuk tadi akan keluar. Akhir sekali masukkan daun kesum yang telah dibagi dua tadi.
 
Lempeng kelapa
 
Bahan-bahannya:-
 
Tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya
sedikit kelapa (Shima gunakan hawaiian coconut)
 
Macamana rupanya hawaiian coconut?? Shima beli di kedai barangan membuat kek.
Rupanya macam ni. Rasanya tidak sama dengan kelapa yang dalam tin tu.
Kalau buat dengan kelapa parut pun tidak berapa sedap. Shima dah cuba pakai kelapa parut. Hawaiian coconut ni agaknya dari kelapa yang tak berapa tua... he3x sebab rasanya lemak dan tidak berapa manis. Memang sedaplah kalau dibuat lempeng kelapa. Masuk pada topping carrot kek pun sedap.

Cara-caranya buat lempeng:-

Masukkan semua bahan tadi dalam mangkuk. Air agak2 yer campurkan sedikit garam.
Dikacau sehingga sebati kemudian Shima masukkan dalam blender.
Kemudian baru masukkan hawaiian coconut.
Panaskan kuali, seletkan sedikit minyak dan masak lempeng macam biasa... he3x

Gambar lempeng dan ikan terubuk masak asam tak sempat nak ambil. Sebab semua dah tunggu untuk makan.

Ok lah terima kasih kepada yang sudi menjengah blog Shima dan ingin mencuba ikan terubuk masak asam koleksi Shima....
Sampai jumpa dilain coretan dengan resepi ala ala simple je... Wassalam.