Wednesday, January 16, 2013

Lempeng Kelapa & Terubuk Masak Asam

16 Januari 2013, Rabu bersamaan 4 Rabiulawal 1434 Hijrah

Assalam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan hari ini dengan coretan minum petang -lempeng kelapa cicah terubuk masak asam. Hari ni Shima tak masak sebab balik dari kelas belajar Tafsir dah dekat pukul 12 lebih. So apa lagi ke Restoran Minha lah jawabnya.

Semalam Shima ada masak ikan terubuk masak asam. Selalu ikan ni husband suruh bakar je. Sebab ikannya besar jadi masaknya pun lebih. Boleh sampai untuk minum petang lagi. Kali ni jom kita layan bahan2 untuk ikan terubuk masak asam koleksi Shima yang ala-ala simple.

Bahan-bahannya :

Ikan terubuk ditarik dulu sebelum disiang. Kemudian diperahkan dengan
limau kasturi atau lumurkan dengan air asam jawa selepas ikan dibersihkan. 
Bawang putih, bawang merah, halia (di kisar), daun kesum dibagi dua. 
gambar kat situ ada serai tapi Shima tidak gunakan. Sedikit lada hitam.
Bunga kantan (kalau ada masukkan kalau tak de pun tak pe)
ops terlupa .. sedikit lada yg telah diblender
Panaskan minyak. Masukkan sedikit daun kesum.
Dah garing masukkan
lada dan bahan2 yang telah dikisar tadi sehingga
ladanya garing dan naik baunya.
 
Kemudian masukkan asam jawa (Shima gunakan pes), air, sedikit lada hitam yang telah dikisar halus dan garam. Bila telah mendidih masukkan ikan. Biarkan selama 5 minit dan kecilkan apinya biarkan sehingga sekurang-kurangnya 20 minit. Minyak dari ikan terubuk tadi akan keluar. Akhir sekali masukkan daun kesum yang telah dibagi dua tadi.
 
Lempeng kelapa
 
Bahan-bahannya:-
 
Tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya
sedikit kelapa (Shima gunakan hawaiian coconut)
 
Macamana rupanya hawaiian coconut?? Shima beli di kedai barangan membuat kek.
Rupanya macam ni. Rasanya tidak sama dengan kelapa yang dalam tin tu.
Kalau buat dengan kelapa parut pun tidak berapa sedap. Shima dah cuba pakai kelapa parut. Hawaiian coconut ni agaknya dari kelapa yang tak berapa tua... he3x sebab rasanya lemak dan tidak berapa manis. Memang sedaplah kalau dibuat lempeng kelapa. Masuk pada topping carrot kek pun sedap.

Cara-caranya buat lempeng:-

Masukkan semua bahan tadi dalam mangkuk. Air agak2 yer campurkan sedikit garam.
Dikacau sehingga sebati kemudian Shima masukkan dalam blender.
Kemudian baru masukkan hawaiian coconut.
Panaskan kuali, seletkan sedikit minyak dan masak lempeng macam biasa... he3x

Gambar lempeng dan ikan terubuk masak asam tak sempat nak ambil. Sebab semua dah tunggu untuk makan.

Ok lah terima kasih kepada yang sudi menjengah blog Shima dan ingin mencuba ikan terubuk masak asam koleksi Shima....
Sampai jumpa dilain coretan dengan resepi ala ala simple je... Wassalam.