Tuesday, January 19, 2010

Sandwich Ranggup

Salam, kawan-kawan. Sebelum nak `terjah' ke ruangan yang lain, Shima nak ajak kawan-kawan masuk ke
dapur, kita masak-masak dululah yang simple2 sebab sekarang ni Shima tengah sibuk menjahit manik untuk baju kawan bagi majlis perkahwinan anak saudaranya. 
Sandwich Ranggup ni boleh buat untuk sarapan pagi atau minum petang. Sedap makan semasa panas-panas. Jom kawan-kawan kita layan bahan-bahan dan cara-caranya. . . . . .

Bahan-bahannya :
Roti - gardenia
Bawang besar / lada merah & lada hijau (potong dadu)
limau kasturi
tepung dicampurkan sedikit air untuk disapu pada hujung roti

Cara-caranya :


kukuskan roti - untuk melembutkan roti


kemudian digelekkan roti untuk dijadikan
leper dengan penggelek
(betul ke ayat ni, he. .he. .he. . )


letaklah inti sardin seperti ni


kemudian digulung dan sapukan
sedikit tepung yang dicampur air
tadi untuk melekatkan hujung roti

kemudian roti digoreng hingga kuning
dengan api perlahan.


macam ni lah kalau dah jadi kawan-kawan.
Makan masa panas-panas, ranggup nyer. . . 

Selamat mencuba. . . . walaupun simple
jika dibuat dari air tangan ibu atau isteri 
dengan rasa kasihsayang mesti keluarga suka.
Wassalam selamat mencuba. . . .