Sunday, January 24, 2010

Hunting Kedai Melayu

Salam, kawan-kawan. Rasanya ramai dah lihat blog Ratna Home Craft last week pasal hunting di kedai melayu. Wah! Ratna dah pergi kali ke2 lah. Rezeki . . . sbb buka last week.
Memang betullah kata Ratna, kita orang selongkar dari kanan ke kiri dari atas ke bawah dari berdiri hingga mencangkung siap buka kasut lagi.  He. . he. .  kalau tempat pak cik tu ada tempat duduk rasanya kita berdua boleh bersila masa pilih barang . . . . Oleh kerana Shima baru nak gader2 mengumpul barang-barang, ni jer yang Shima borong bersama Ratna, itu pun tak tahu lagi mana hendak diletakkan. maklumlah dapurnya "ciput"


Teko bertutup , manggkuk bujur
Verico warna hijau, piring pink, biru
& mangkuk

Hah! Ni Ratna sempat posing ngan abang kat belakang tu tunjuk barang-barang yang telah dipilih. Kira jadi belilah tu . . . . .


Ratna kata pinggan ni cantik klu decopage ngan roses, warna lembut2.
Jom Ratna, projek kita malam-malam (he. .he. .) Hopefully jadi.

Oleh kerana dah cerita pasal hunting kedai Melayu ngan Ratna, Shima nak N3 lah ruangan dapur Shima yang "ciput". Ni teko2 dan cawan minum teh cina yang memang dah Shima kumpul sikit-sikit tapi masih banyak lagi setnya yang masih dalam sessi pencarian. Kepada kawan2 yang ada tempat2 untuk mencari barang2 ni bagitahulah kami yer, mana tahu saya dan Ratna boleh serbu pulak tempat2 tu.

 
Sudu ada satu jer. . . dah lama "keseorangan"
pinggan dan lain2 x de lagi ni. Tolong kwn2 . . . . . . .


Hasil pembelian dari Tokey Pelita . . Eija
Ada juga beli dengan Kak Zah KK dan dari Kak Azie
(maklang) tapi tak N3kan sebab tempatnya terhad. 
Beli ngan mak lang khas untuk hari jadi mak.
InsyaAllah hasil mengumpul barang2 ni akan
ku cari tempat nak diletakkan. He. . he. . he


Tin2 pun masih sikit, coz saya budak baru mengumpul. . .
he. .he. . he. .


Kalau ada tempat nak di letakkan ada mahunya
memborong di Romantika atau dimana2 aje yang
diserbu. Pak kal je tempatnya terhad. . . . . .
So ni jer lah yer.



Ni hadiah semasa kahwin. Piring berbunga besar ada 1
yang kecil ada 4, gelas berkaki kecil tu Singapore Airlines
berkaki besar tu bukan ngan yang sebelahnya.
Kira antiklah jugakan, dah hampir 18 tahun tak pernah pakai.




Set ni masih dalam pengumpulan yang seterusnya.









Sampai jumpa lagi. . . wassalam
Shima Ismail