Tuesday, January 12, 2010

Kek Kukus Pisang Coklat Rice

Hello, kawan-kawan. Sebelum Shima nak jemput masuk ke rumah jom kita terjahkan dulu resepi yang simple lagi sedap yang telah Shima buat, yer lah tu. . perasan jer. .  Tapi kawan2 opis kata sedap. . .
Resepi Kek Kukus Pisang Coklat Rice ni dari Chef Zubaidah. Kepada kawan2 yang nak cuba bolehlah, untuk buat minum2 petang. Ratna pas ni bolehlah minta Bibik buat. . . Jom kita layan resepinya :-

Bahan-bahannya :
250 gm mentega
180 gm gula castor
1 sudu besar ovalet
4 biji telur B
1 tsp esen vanilla
275 gm tepung superfine
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat
250 gm pisang berangan
100 gm coklat rice (Shima x letak coz dah habis)

Cara-caranya :
1. Pukul mentega, gula dan ovelat hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan pisang dan kisar lagi
4. masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan
    soda dan baking powder
5. masukkan esen akhir sekali masukkan coklat rice
6. tuangkan dalam adunan - ikut suka kemudian di kukus
    sehingga masak lebih kurang 1 jam




T a ra a a a. . . Ni lah hasil sentuhan Shima kali ni. . . .  kek ni tepungnya boleh ditukarkan ngan tepung
gandum tapi tak gebu & sedap kata Chef Zubaidah,  sbb Shima pernah tanya. K lah kita jumpa di lain post yer. . . bye.