Tuesday, January 12, 2010

Abah. . . semoga cepat sembuh.

Salam kawan-kawan yang lama dan baru. Sebelum nak jemput masuk ke rumah, Shima nak minta kawan-kawan mendoakan agar abah Shima cepat sembuh, kerana dia dimasukkan ke hospital malam tadi kerana tekanan darah tingginya dan badan dia kebas sebelah. Dia kena masa baru nak tidur. Oleh kerana tekanan darahnya terlampau tinggi dalam 220 terdapat pendarahan kecil di kepala. Alhamdulillah petang tadi doktor kata tekanan darah tingginya dah berkurangan setelah di masukkan 3 pain air & ubat dan diberi injection. Kebetulan hari Ahad yang lepas abah Shima baru menjemput kawan-kawan yang pergi haji sama dengannya makan-makan di rumah. Mak masak perut masak lemak cili padi dengan rebung, sotong kembang masak sambal, ayam masak kicap, sayur telur asin. Semoga abah cepat sembuh yer. . . .dan terima kasih semua kerana doanya.



 Berselera semuanya. . . .




Alhamdulillah ramai juga yang datang. . .
gembira semuanya terasa macam makan di Mekah







 

Sessi perpisahan . . .