Sunday, January 06, 2013

Happy 20th Birthday My Baby !!!

Ahad, 6 Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434

Salam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan coretan kali ini dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan, iaitu berumahtangga di usia 20 tahun dan melahirkan cahayamata pertama 20 tahun yang lalu diketika usia 21 tahun.  Masih dalam ingatan mendapat berita menggembirakan pada penghujung Mac 1992 dan dijangkakan bersalin pada awal 1993.  6 Januari 1993 pada ketika itu Shima telah dimasuk wad selepas pemeriksaan akhir di HSA pada sebelah pagi. Oleh kerana Shima tiada rasa sakit bersalin sempat juga menikmati makan tengahari sepuas-puasnya dan kemudian dibawa untuk pemeriksaan akhir pada pukul 6.30 petang oleh Dr yang bertugas ketika itu kalau tidak silap Dr Norhayati.
 
Hanya selawat yang mampu dilafazkan dan bacaan ayat kursi bagi meredakan perasaan. Kesakitan dipecahkan air ketuban dan menanggung sakit bersalin lebihkurang 2 jam selepas itu seakan hilang selepas terdengar tangisan bayi lelaki dengan berat 3.94kg yang sihat dan comel tepat pada jam 8.52 malam. Oleh kerana Shima telah kehilangan banyak darah dan dimasukkan ke wad ICU manakala anak Shima alhamdullillah tiada apa-apa masalah. Pada keesokan hari baru Shima dapat melihat anak Shima. Nasib baik biras Shima, Kak Yong (Saodah Salipek) banyak membantu kerana beliau bertugas di HSA ketika itu.
 
Oleh kerana tarikh lahirnya jatuh pada hari persekolahan sepanjang 20 tahun, hanya ucapan Selamat Ulang Tahun, yang mampu ibu & ayah serta adik ucapkan serta diiringi doa yang tidak pernah putus dari kami agar abang menjadi anak yang soleh, tidak meninggalkan solat, menjadi khalifah yang terbaik dan terpilih dimuka bumi ini, sentiasa berada didalam lindungan dan rahmat Allah. Hanya bekalan ilmu dunia dan akhirat yang dapat membimbing abang menghadapi hari-hari mendatang. Di doakan juga agar tercapai segala cita-cita abang dan tercapai apa jua yang di hajatkan.
 
Dengan nama dan maksud yang terbaik maka terpilihlah Muhammad Muhaimin. Semoga dengan maksud Muhaimin dapat melindungi serta menjadi hamba Allah sebaik mungkin. InsyaAllah kita hanya raikan bersama keluarga tersayang sebagaimana ketika abang dilahirkan 20 tahun dahulu.

This is the first year kita sambut bersama. Salam sayang dari Ibu Ayah & Adik untuk Abang... My Baby forever.....

 
Happy Birthday Muhammad Muhaimin .... 19 + 1 !!!!
6 Januari 2013
 
Sampai bertemu lagi di lain coretan..... Wassalam...