Monday, March 26, 2012

PERCUTIAN KOREA DAN SAIGON PART 1

Assalam rakan-rakan. Kali ni Shima nak cerita percutian keluarga BUKHAIRAHS. Shima dan keluarga abang-abang ipar ke Korea dan Saigon dari 12 hingga 17 Mac 2012. Shima pergi bersama anak perempuan Shima, Najihah kerana anak Shima yang sulung tidak dapat mengikuti kerana ada kelas manakala suami Shima ke Philipina. Syukur alhamdulillah, akhirnya tercapat hajat Shima nak ke sana pada musim sejuk...Tak perlu cerita panjang,  jom kita tengok gambar-gambarnya....

Perjalanan kami bermula dari Johor Bahru pada 12 Mac 2012 dengan menaiki bas ke KLIA.

 Najihah dan pak cik nya, Cikgu Hamid Bukhairah
Bersama sepupunya Siti Amirah (YaYa)
Shima, Cikgu Hasmah (biras) with one and only our daughter
 11orang ahli keluarga Bukhairah, bergambar di KLIA 
sebelum berlepas ke KOREA
Sempat berkenalan dan berbual-bual dengan kenalan baru
dari KOREA yang baru habis bercuti di Pulau Redang,
Malaysia. Bergambar bersama
di Lapangan Terbang Hanoi, semasa transit
Bersama Maisara. Puas berjalan budak ni..... Pergi
Jakarta, Korea dan InsyaAllah lepas ni nak gi Beijing,
iye tak Maisara.... good girl...
Bersama pembantu Tourist Guide di Korea 
- Mr Mickey plus jurugambar untuk kumpulan kami, POTO E = Kumpulan E
Our Tourist Guide - Kathy (Khadijah... tukar nama dalam bas)
Sporting dan selalu ceria... sikit fasih berbahasa melayu style Indon...
Kalau dia cakap slowly jadi selori...
kalau cakap lapar jadi lapare.... he3x
kalau cakap lunch dah jadi luunnch.... saper-saper didalam bas E je yang faham....
Tempat lawatan kami yang pertama pada 13 Mac 2012
without mandi pagi... he3x (x pe coz kat sini peluh pun
tak sempat nak keluar....sejuk) tapi tak pe ..... semuanya ceria


Cuaca sejuk ketika ni dan tambahan dengan
permandangan yang menarik dan nyaman... seronok



Bersama Kathy yang sentiasa ceria

Selepas lawatan di destinasi pertama rombongan kami
dibawa untuk makan tengahari di Restoran Taj Palace.
Makanan ala-ala Arab. Tempat makan yang selesa dan
cantik susunatur di restoran tersebut.. walaupun berjalan
macam mendaki bukit untuk sampai ke restoran ni

Selepas menikmati makan tengahari, rombongan terus
ke Prince Sultan Islamic School dan di masjid yang berdekatan
untuk lawatan dan bersolat
Rasanya Shima dah macam cikgu pulak.... he3x
 Bersama salah seorang Penaung Prince Sultan Islamic School


 Kemudian lawatan di sekolah Tadika dibawah jagaan
Prince Sultan Islamic School yang berhampiran dengan
masjid. Geram punya pasal sempat dukung salah
seorang daripada pelajar tersebut.... mata sepet... he3x
Shima , Najihah dan Yaya bersama dengan salah seorang
pengajar untuk kelas ni. Sebenarnya mereka sedang membuat
pendidikan jasmani ketika kami membuat lawatan
 Kemudian kami makan malam di sebuah restoran (tak tahu namaya)
tapi selesa  untuk menikmati makanan laut sebelum check in
di S Hotel
 Nasi macam beras pulut. Makan sikit dah kenyang
 Puas makan. Mana tak satu `periuk' ni makan untuk
4 orang. First time makan KIMCHI on the left
Pelayan ni sedang menggunting sotong... hah kau...
tak payah nak potong-potong ... gunting jer...
Lepas makan ni nak check in... badan pun
dah penat, rasanya kalau dapat tilam... mesti tidur
nyenyak... dengan cuaca yang sejuk ni...uhhh
Jom kita check in......di S Hotel

Surprise!!!! nombor
bilik sama dengan my birthday date.... he3x
Bilik hotel yang selesa


Toilet yang canggih

Syukur alhamdulillah tempat tidurnya aduhai selesa
sungguh... apalagi Najihah lepas mandi, solat dan tidur.....
mimpi yang indah. Esok ke Nami Island... destinasi
lawatan yang seterusnya. Tak sabar rasanya sebab nak tengok
tempat penggambaran Winter Sonata.......

Ok kawan-kawan sampai di sini dulu kisah percutian keluarga Part 1. Nantikan destinasi yang seterusnya yang semestinya banyak lagi gambar-gambar dan lokasi yang menarik. Patutlah ramai rakyat Malaysia yang suka melancung ke Korea. Orang-orangnya yang peramah walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris serta murah dengan senyuman.