Assalam rakan-rakan.... setelah sekian lama Shima tidak entry, mesti ada sebabkan... he3x
sebenarnya banyak cerita yang hendak dituliskan, tapi masa yang tidak mengizinkan. Kali ni Shima nak cerita pengalaman Shima ke Bandung selama 4H3M bersama 17 orang kakitangan ULSSB yang menyertai lawatan kerja dan 2 orang lagi dari HQ, iaitu Puan Nadia dan Puan Hazlin.
Happening sungguh.... Jom kita tengok gambar-gambarnya....
Bergambar dalam bas. Bertolak dari pejabat pada pukul 4.30 pagi. Masing-masing ceria....
Shima bersama rakan-rakan seramai 17 orang di Senai Airport. Waktu ni lebih kurang 6.30 pagi sebelum check in. Ceria semuanya ................
Bersama Morita dan Natashah...... smiles.... yeah!!!!!
Bersama Natashah di Harrods Boutique KLIA...posing jangan tak posing.... he3x
Waktu ni dalam pukul 8.00 pagi.....
Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar. Selesai urusan bagasi... apa lagi posing jer lah....
Bangunan-bangunan menarik sepanjang jalan dari Jakarta menuju ke Bandung.
Kemudian kami makan tengahari di Restoran Sederhana. Makan masakan Padang yang sedap dan tempat makan yang bersih.
Selepas makan, posing lagi...
Selesai makan tengahari dan solat, kami teruskan perjalanan dengan menaiki bas menuju ke Bandung. Terus check in di Hotel Kedaton. Bilik yang selesa. Shima tiba pada malam 16 Disember 2011. Oleh kerana hotelnya berdekatan dengan Masjid, alahai merdu .... sungguh suara azannya pada waktu subuh .......
Bermula Lawatan Kerja di Istana Realty (Part 2)
Di depan Hotel Kedaton selepas sarapan sebelum ke Istana Realty bagi lawatan kerja.
Bergambar sebelum masuk ke Istana Realty
Pejabat Agen Hartanah Istana Realty
(kepada sesiapa yang kena buat report tu ambil jangan tak ambil)
Sempat lagi berposing dengan Puan Nadia di show house
Di Pejabat Jualan Gateway sebelahan dengan Istana Realty
Shima bersama Pak Herman (tourist guide) yang sangat menghiburkan dan ceria. Boleh tahan juga Pak Herman ni...
Akhir sekali aturcara pada hari ni ialah makan malam di Restoran Sangkuriang, makanan di sini sedap
.