Tuesday, November 09, 2010

Kacang Pool

Salam rakan-rakan. Sepertimana yang Shima janjikan tempohari nak beri 2 atau 3 resepi semasa majlis port luck. Ok.... antara kesukaan rakan-rakan di bahagian kewangan ialah Kacang Pol hasil dari masakan Hjh Nurkarimah. Kacang Pol ni memang menjadi masakan kegemaran keluarga Shima juga. Sempena hari raya Aidiladha yang tak lama lagi ni bolehlah rakan-rakan nak mencuba. Ringkas sahaja bahan-bahannya. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan. Bahan-bahan ni boleh di agak2 semasa memasak yer. Ini ikut sukatan Shima yang selalunya makan dalam 4 hingga 5 orang.
Bahan-bahannya :-
Roti Perancis - Shima pakai roti Gardenia
500gm daging cincang
1 tin kecil minyak sapi
Blender :-
2 inci halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 atau 2 paket rempah beriani (Faiza) - bancuh dengan sedikit air
1 tin kecil baked beans (Ayam brand) *blender jgn masukkan air ~ asingkan
1 tin kecil kacang peas (Ayamb brand) * blender dengan airnya ~ asingkan
garam
Ramuan sampingan :
2 biji bawang besar - dipotong dadu
5 biji lada hijau - dibuang biji - dipotong dadu
5 biji telur - Shima pakai telur Omega- goreng sebiji-sebiji seperti telur mata lembu - kalau boleh goreng tanpa minyak
10 biji limau kasturi - potong 2
cara-caranya :
Panaskan periuk masukkan minyak sapi. Bila sudah panas masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi (bawang putih, halia, bawang besar & rempah beriani). Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang yg telah dibersihkan (daging akan mengeluarkan air) dan masak sehingga kering sedikit airnya. Kemudian masukkan baked beans & kacang peas yang telah diblender tadi. Kuah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat yer...... Kecilkan api kemudian masukkan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian bolehlah dimakan dengan bahan-bahan ramuan sampingan tadi yer.
Di sini Shima sertakan gambar Kacang Pool semasa majlis port luck tempohari.
Ok rakan-rakan selamat mencuba... Salam sayang dari Shima Ismail