Salam rindu, salam mesra & salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger sekalian. Hampir 6 bulan Shima "cuti berblog" atas sebab-sebab yang disengajakan.... he3x Terlebih dahulu Shima ingin mengucapkan selamat berangkat kepada rakan-rakan blogger dan FB yang akan menunaikan fardhu haji semoga semuanya selamat pergi dan balik dengan mendapat haji yang mabrur tak ketinggalan juga kepada anak rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula pada 23 November ini. Semoga anak-anak semua mendapat keputusan yang cemerlang sepertimana yang diharap oleh setiap ibubapa dan mereka juga terutama kepada anak bujang Shima ~ Muhammad Muhaimin..... Ibu doakan agar abang berjaya dengan cemerlang.....
Kali ni jom kita tengok apa yang Shima buat sepanjang "cuti berblog" 6 bulan ni. Kita mulakan pada sepanjang Julai 2010. Shima belajar semula dengan Ratna tentang teknik decoupage & decal.... almaklumlah bila lama dah tinggalkan lupa jadinya. Nilah hasil2nya yang tak seberapa tu... tapi bolehlah di buat hiasan.... he3x
Tin hijau ni Shima punya... teknik dan spray cat dibuat dirumah Ratna selepas hantar anaknya tuition. Tin pink tu Najihah (TNB) punya yang dibeli dari Kak Ina Store. Menduga kesabaran betul masa nak menampal tisu ni... selalu pakai tisu gambar kecil2 bila gunakan gambar besar.... aduhaiiiiii ..... takut betul kalau berkedut-kedut.... he3x
Kemudian Shima buat pulak kelas belajar decal & decoupage dipejabat setiap selasa setiap minggu. Sebelum kita tengok gambar2 tu... terlebih dahulu Shima ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengerusi kelab BKKU kerana memberi kepercayaan kepada Shima sebagai tenaga pengajar untuk ahli kelab BKKU. Jutaan terimakasih juga kepada rakan-rakan yang sudi belajar kepada ~ Hjh Rohaya, Rahayu, Hazlin, Yatey, Anum, Wahidah, Illi, Kak Zohdiah, Hjh Rosidah, Maya, Ain, Yanti, Marliza, Julia & Hjh Roslina yang cukup sporting semasa sessi pembelajaran. Ok jom kita tengok gelagat2 pelajar....!!!!
Gambar 3 cupcakes ni Shima snap di kedai kat Kotaraya
Sessi mewarna, keringkan dan warna lagi sehingga 2atau 3 kali mewarna
Khusyuk "makyong" Yanti mewarna papan sign board dia... mesti cantik punyalah....
Kak Zohdiah tengah fikir macam mana nak cantik letak tisu ni. Julia pulak khusyuk mewarna... Syabas Ju..... Y, Illi & Anum sedang mengeringkan papan masing2
Bahan2 yg digunakan dan sessi mewarna.......
Y memang best !!! jari & baju dia pun dia warnakan..... he3x
Percubaan pertama dari tenaga pengajar (cupcakes lover & garden) hahaha...
lagi satu tu hasil dari pelajar....
Tahniah & syabas kepada Anum. Walaupun tidak tulis secara freehand tapi kualiti dah sama....
Nilah sebahagian dari hasil pembelajaran.. sampai jumpa lagi di lain waktu. Salam sayang dari