Monday, February 22, 2010

MOTIVASI

Salam dan selamat malam kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Kali ni Shima nak cerita keluar dari tajuk hal-hal mengemas rumah he. .he. .he. . kali ni mengenai MOTIVASI kerana dah lama rasanya Shima tak mengikuti  seminar sebegini. . . .  macam kat pejabat juga kalau  dah lama tak dihantar kursus atau pun seminar semangat ditahap samarata jer cuba selepas pergi motivasi ataupun seminar bersemangatlah sikit    he. . he. . he. . cuma nak maintain jer susah jika kita tak istiqamah, ceh wah. . .  ayat power. 
Alhamdulillah sebenarnya pada hari Sabtu 20 Feb 2010 Shima telah menghadiri Seminar "MENGANGKASAKAN IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR" anjuran Excel Training & Consultan (M) Sdn Bhd di MPC Bandar Baru UDA, siapa lagi motivatornya kalau bukan Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Program motivasi bermula pada pukul 2.30 dan berakhir lebihkurang pada pukul 6.30 ptg. Seramai 500 ibubapa yang hadir, ada juga dari Singapura. Sepanjang lebihkurang 4 jam bersama Dato' banyak yang dapat Shima pelajari yang mana selama ini kadang-kadang kita abaikan secara langsung atau tidak langsung dalam mendidik anak-anak.

Sepertima yang diberitahu oleh Dato' dan juga pandangan Shima secara peribadi memang semua ibubapa inginkan anak-anak mereka berjaya dengan kelulusan tinggi tetapi jangan sampai kita sebagai ibubapa memberikan tekanan kepada anak-anak untuk ke arah itu, kerana anak-anak tidak semuanya sama diantara mereka adik beradik. Selain daripada itu kita sebagai ibubapa juga masih ada membuat kesilapan yang mana kadang-kadang kita sendiri tidak sedari dan kesilapan itu juga yang dilihat oleh anak-anak yang akan menyebabkan mereka mengikut tingkah laku kita sebagai contoh. Oleh itu InsyaAllah Shima akan cuba memperbaiki diri sendiri supaya menjadi seorang ibu contoh kepada anak-anak dan seorang isteri yang solehah walaupun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki sepertimana pesan Dato "hari ini perlu baik dari semalam".  Oleh kerana tip-tipnya terlalu banyak untuk catitan di sini Shima sertakan ayat yang selalu diamalkan oleh Dato' dalam mendidik anak-anak. Amalkan doa pembuka 12 pintu rezeki yang mana maknanya :
Ya Allah. . . ! Bukakanlah  untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
dan satu lagi tipnya "maafkan semua orang dan mohon semua orang maafkan kita setiap hari sebelum tidur" selepas membaca Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayatul Kursi"
serta sebelum masuk ke rumah baca Bismillah 3x , beri salam dan masuk dengan kaki kanan. Kepada sesiapa yang dah amalkan alhamdulillah. . .
Oleh itu kepada rakan-rakan blogger samaada Shima pernah berjumpa atau pun tidak dan rakan-rakan pejabat yang mengikuti blog Shima ini, Shima sekeluarga minta maaf sekiranya sepanjang kita bersahabat ada membuat kesalahan.

Oklah mari kita layan gambar pulak, coz mana sah kalau N3 tak de gambar, yer tak. . . . .


Ni Dato' baru nak start. . . tengok ramai orang dah
ambik gambar Shima pun apa lagi snap lah jugak

 
Buku yang disertakan - bahagian hadapan
Dapat tandatangan Dato' selepas seminar

Buku bahagian belakang
Motivasi untuk anak-anak selama 2 hari pada
20 & 21 hb



Dato' dah macam artis. . .minta autograf

Dato bersama peminat cilik dan ibubapa selepas seminar

Shima bertudung putih. . . he. he. .he sempat juga bergambar

Oklah sampai jumpa lagi di lain post.
Wassalam