Wednesday, February 17, 2010

Hasil Sentuhanku, Hadiah Untuk Mak

Salam dan selamat malam rakan-rakan alam maya sekalian. Kali ni Shima nak N3kan hasil sentuhan Shima yang tak seberapa ni khas untuk mak walaupun bukan meraikan hari istimewa. Hadiah istimewa  ni buat mak yang dah lama minat dengan decoupage dan folkart ni, itupun Shima tahu semasa bagi mak pinjam buku semasa jaga abah di hospital. Oleh kerana sentuhan faux cake Shima tergendala sebentar, Shima berusaha untuk habiskan buat hadiah untuk mak dalam minggu ni jugak sebelum Shima berikan sentuhan pada faux cake. Basic faux cake nya Shima dah buat cuma sentuhan akhirnya sahaja, so tunggu yer.  Kita layan dulu gambar2 hadiah Shima untuk mak.

Papan basuh baju ni Shima beli kat kedai pontian
batu 5, tampoi



Gambar baju/seluar ni Shima ikut pada tin yang beli
di Kotaraya

Ni kuali roti jala, dah lama berkarat jadi apa lagi . . . . .
operasi spray bermula. . . . 

Alahai mak bolehlah bukak 24 jam untuk cucu2nya yang
seramai 5 orang ni, itu pun masa cuti sekolah kalau tak
cuma sorang jer. . . itu pun hujung minggu he.  he. . he. .
layan mak cucu mak sorang tu jangan tak layan. . . . . . .

tekanlah macamana pun button tu
mak jugak yang kena buat, he. . he. .he. .

akhirnya. . . .

 No idea, what to do. . . . just write coffee & tea corner

Ni faux cake cubaan pertama Shima tempohari
masa bagi mak, mak kata buat susah2 je buat kek
eh, kenapa bagi pinggan sekali ? ? ?
Oh! ! kek tak boleh makan. . . .lah

Ok lah rakan-rakan, nilah hasil sentuhan belajar Shima berkenaan decoupage dan folkart dengan Ratna yang telahpun Shima praktikkan untuk buat hadiah istimewa khas untuk mak. Harap mak suka.

Sampai jumpa lagi, wassalam.