Salam dan selamat malam. Kepada kawan-kawan yang selalu menjengah di Ratnahomecraft mungkin dah tak sabar2 nak gader2 pada 31hb nanti, yer tak, begitu juga Shima.
Semalam sempat jugalah Shima dan Ratna gi Kotaraya . . . biasalah projek tambahan kecil-kecilan
he. . he. . he. . kita tunggu post yang seterusnya dari Ratna kita tu. . . pasti ada sentuhannya yang menawankan hati.
Ok lah kali ni Shima nak cerita sikit pasal jahit manik baju untuk kawan tempohari, actually baju tu Kak Mas nak pakai sempena majlis perkahwinan anak saudaranya minggu lepas. Maaf Kak Mas, Shima tak sempat nak habiskan jahit kerana sibuk dengan projek menurunkan kain langsir dapur yang telah lama tak dibasuh. Al maklumlah bekerja. . . ada masa buat tak de masa sampai bertahun baru nak basuh. He. . . 3x
silap-silap hb berbulan-bulan tak berlangsirlah dapur tu, nak jagit langsir baru, aduh . . tunggu Shima ada mood . Ha . . ha . . yer la tu. Jomlah layan sentuhan Shima yang tak seberapa kali ni, harap2 kak mas suka dan tak kisah. . . . macam Aiman
Baju ni kak mas kata jahit je lah apa2 Shima. . .
Adus. . . ni yang pening. Tukang jahit ni pun
bukannya pro sangat, simple2 je bolehlah
Ni bahagian bawah baju, bunga menjalar jer. . .
bunganya tu ada yang panjang dan ada masih kudup
Ni pulak bahagian lengan
Oklah harap2 kak mas suka dan kepada Julia (kawan pejabat) kalau nak minta Shima tolong jahitkan, boleh tapi dengan syarat baju baru, ha . ha. . Ju. . hang cepat2 cari baju baru yer.
Sampai jumpa lagi dengan sentuhan baru, tunjuk ajar dari Sifu ku, Ratna. Tunggu. . . . . .
Wassalam.
Shima Ismail