Life is a book..... Everyday has a new page, with adventures to tell, lessons to learn and take about good deeds to remember. May you all have a good chapter today and forever...
Sunday, December 27, 2009
Lawatan di kandang kambing
Hah, ni sebenarnya di kandang kambing sepupu Shima (Angah) di Bukit Beringin, Masjid Tanah. Masa ni, kambing-kambing belum lagi di beri makan. Bersih tau kandang kambing yang dijaga ni. . . . Dulu masa kecil2 ada gak ke kandang kambing tapi x lah sebersih kandang yang dijaga oleh Angah. Mari kita layan gambar2 kambing jer . . . gambar orangnya tak ada. Malu He. . He. .
Saturday, December 26, 2009
Puas hati emak abah
Ha ha, adik Eddy pulak mak minta tolong jagakan pokok-pokok dia, alhamdulillah bunga ros siap berbunga lagi, cuma pokok orkid dia x berbunga.
Sepanjang mak dan abah menunaikan fardhu haji, rumah telah diamanahkan untuk dijaga oleh adik Emmy sekeluarga dan adik Eddy. Hah, puas hati abah sebab tiada ikan-ikan kesayangannya yang mati, gemuk lagi adalah.
Dah tiba
Hadiah dari kami adik beradik
Alhamdulillah, pada tahun ni emak dan abah menyambut hari lahir mereka di Mekah kerana mereka menunaikan fardhu haji. Selamat hari lahir mak pada 4hb dan abah pada 6hb Disember yang lalu, hanya hadiah ini yang dapat kami beradik sekeluarga sediakan.
Frame gambar persandingan mereka lebih kurang 40 tahun yang lalu.
Hasil sentuhan bersama Ratna
Wednesday, December 23, 2009
Pertemuan pertama
Subscribe to:
Posts (Atom)