Tuesday, January 08, 2013

Resepi Pudding Kastard

Selasa, 8 Januari 2013 Bersamaan 26 Safar 1434H

Assalam dan dengan lafaz Bismillah, Shima coretkan kali ini tentang nak kongsi resepi Pudding kastard dengan adik-adik dipejabat. Sebenarnya Shima pun bukannya pandai sangat nak buat pudding yang canggih2 tapi buat pudding yang simple bolehlah pencuci mulut untuk keluarga. Sementara anak yang sulung bercuti bolehlah buat sebab pudding kastard ni pun salah satu kegemarannya. Nanti nak minta resepi Ayam masak Ungkep daripada Lyn untuk dikumpul. Rempah ayam masak kuzi pun dah dibeli....  bila nak masak belakang cerita.... he3x
 
Kepada adik-adik dipejabat ULSSB terutama kepada Lynn, Natasha dan Julia mesti cuba resepi ni yer. Senang je untuk membuatnya.  Jom kita layan dulu bahan-bahan nak buat pudding kastard ringkas ni.

Bahan-bahannya :
90 gm tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin air
gula secukup rasa

1. Masukkan tepung dlm periuk + air, kacau hingga tepung kastard tiada yang berbintil- bintil, kemudian baru masukkan susu cair dan gula
2. Masak dengan api yang perlahan sehingga (mcm meletup2 gitu) hahaha... nak sebut x tahu

untuk kuahnya
1 tin kecil buah campuran
1 tin susu cair
campurkan dengan 1 1/2 tin air (klu suka kuahnya berlemak masukkan 1 tin air sahaja)
masukkan juga air gula dari buah campuran itu tadi
sedikit gula - manis2 buah jer
2 - 3 titik esen vanilla
1 sudu tepung kastard untuk memekatkan sikit kuah (gaulkan sedikit dahulu dengan air susu tadi baru masukkan kedalam kuah kastard)
Kemudian disejukkan.

Kalau Lynn, Natashah dan Julia dah buat beritahu macamana rasanya ye. Pasti `TWO THUMBS UP' hasil dari buatan sendiri.
Kalau malas nak buat...call je kakak ok.

Sebelum tu jom layan dulu, tempahan Pudding Kastard Buah yang baru Shima disiapkan. Alhamdulillah bolehlah buat permulaan dan terima kasih kepada Sifu Shima yang banyak membantu. Didoakan agar perniagaan beliau akan lebih maju setiap tahun begitu juga untuk Shima ye. Amin 



Sampai berjumpa lagi dilain coretan. Sekian, wassalam.