Wednesday, January 09, 2013

Kami Doakan Semoga Berjaya !!!

Rabu, 9 Januari 2013 bersamaan 27 Safar 1434H

Salam dan dengan lafaz Bismillah, kali ni Shima nak tujukan coretan khas buat suami tersayang yang kini bertugas di Kuala Lumpur setelah hampir 2 tahun berulang alik setiap hujung minggu. Kadangkala beliau bertugas disini jika perlu. Setiap waktu Shima dan anak-anak sentiasa mendoakan agar suami sentiasa didalam lindunganNya tidak kira dimana jua berada.
 
Doa dan harapan daripada seorang isteri agar suami menjadi ketua yang berdedikasi, terbaik serta ikhlas melakukan tugas serta dapat menerima kritikan yang dilemparkan. Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat dan motivasi diri untuk meningkatkan prestasi kerja. InsyaAllah, jika ikhlas dalam menjalankan tugas semuanya akan menjadi mudah dan diberkati.
 
Jadikan kepimpinan adalah pilihan yang suami Shima buat, bukannya disebabkan kedudukan beliau. Kejayaan yang dicapai pada tahun 2012 diharap dapat menjadi platform kepada syarikat yang diketuai dan seterusya membimbing pekerja agar lebih berdaya saing di tahun yang mendatang kerana pasukan pemimpin lebih berkesan daripada seorang pemimpin. Kerjasama, bimbingan, berganding bahu juga perlu untuk mencapai misi dan visi. Tidak berjaya sesebuah organisasi sekiranya ketuanya tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada pekerja.
 
Begitu juga harapan seorang isteri agar suaminya menjadi ketua yang baik dalam keluarga dan menjadi contoh kepada anak-anak. Sesuai dengan makna nama yang bermaksud - Yang Bijaksana. Semoga panggilan tersebut menjadikan suami Shima seorang yang bijaksana dalam membuat keputusan demi kebaikan keluarga serta menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebaik-baiknya.      
 
Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya menjadikan suami Shima seorang ketua yang tabah, berjaya mengharungi cabaran globalisasi dengan berfikiran positif, lebih bersaing maju untuk meningkatkan prestasi syarikat, menjadi khalifah yang terpilih dimuka bumi ini dan sukses melakukan apa jua tugas yang diberi. Kerana Shima dan anak-anak yakin, suami Shima boleh menjadi seorang pemimpin yang memiliki kualiti yang diperlukan oleh setiap organisasi.
 

 
 
 


Doa dan harapan semoga semuanya akan terlaksana dengan izin dariNya serta salam sayang dari Shima dan anak-anak. Semoga tahun 2013, suami Shima akan terus berusaha, seterusnya berjaya merialisasikan harapan syarikat sebagaimana yang diimpikan pada tahun sebelumnya. Shima dan anak-anak juga percaya dan sentiasa berada dibelakang kejayaan seorang yang bernama Ab Rashid Bukhairah.....
 
Wassalam, sampai berjumpa lagi dilain coretan.