Tuesday, January 01, 2013

Dari Suka-Suka Menjadi Pendapatan

Selasa 1 Januari 2013....
 
Assalam dan dengan lafaz Bismillah, Shima mulakan coretan pada kali ini. Hari ini merupakan hari pertama Shima menjadi surirumah sepenuhmasa setelah 21 tahun berumahtangga dan bekerja. Ini kerana Shima lepas belajar terus bekerja sehingga 31 Disember 2012. Rasa sedih masih terasa tapi nasib baik Shima ada buat kerja suka-suka plus sambilan  iaitu membuat Blueberyy Cheese Tart. Pada asalnya Shima buatkan untuk adik beradik serta ipar duai dan anak-anak buah yang suka makan. Tak sangka pulak dari suka-suka ada yang sudi menempah setelah di promosikan oleh adik Shima kepada kawan-kawannya di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan 5 atau 6 bulan kebelakangan sebelum mendapat tawaran VSS Shima mendapat tempahan setiap minggu walaupun tidak banyak. Syukur alhamdulillah. Lagipun Shima kena membuat selalu, apa orang kata practice make prefect, hah! gitulah. Sebenarnya Shima juga suka buat coklat, cupcake, kek dan roti. Ada juga beberapa orang kawan-kawan pejabat yang menempah Blueberry Cheese Cupcake tapi tempahan banyak ke Blueberry Cheese Tart. Nasib baik suami balik ke KL pada setiap minggu sejak bertugas di sana dan tiada menjadi masalah sekiranya menghantar hingga ke KL. 
 
So kepada kawan-kawan yang beminat untuk mendapatkan Blueberry Cheese Tart bolehlah membuat tempahan 1 atau 2 hari sebelum diambil, kerana Shima akan buat setelah mendapat oder sahaja. Shima tiada menyediakan perkhidmatan penghantaran tapi bolehlah ambil dirumah Shima di BBU. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hantarkan tempahan melalui email qaseh_nooriman93@yahoo.com atau call / sms Shima di 013-7525256. Lagi senang dan bagus sms je. Maklumlah kalau ada masa baru dibuka email tu.
 
Sekiranya ada rakan-rakan yang ingin membeli shell tarts, Shima juga ada menjualnya. Shima menggunakan mesin khas untuk membuat shell tarts tersebut. So shell tart tu tiada yang nipis atau tebal. Semuanya sekata tebalnya. Tempahan juga boleh dibuat sepertimana diatas.
 


 
Sebelum tu jom tengok gambar-gambar tempahan Blueberry Cheese Tart dari ULS 12 sempena majlis Lipatan Sejarah Sebuah Memori untuk kakitangan yang VSS pada 31 Disember 2012 di Villa Warisan, Johor Bahru.
 
 
                                   Masih dalam freezer sebelum di masukkan ke dalam paper bag
Paper bag tidak termasuk semasa tempahan ye.
Semuanya disediakan oleh pihak ULS 
 
So kepada yang berminat jangan tunggu lagi, sila oder. Ok kawan-kawan sampai kita bertemu lagi dicoretan Shima yang seterusnya. Wassalam dan terima kasih.