Thursday, January 14, 2010

Janji ditunaikan

Salam kawan-kawan semua. Ada yang telah cuma masak ketam tu? Ok lepas masak kita kemas rumah pulak yok. . .jom ke ruang makan yok. . . sepertimana yang telah Shima janjikan tempohari.


Ni pulak pandangan dari ruang tamu terus ke ruang makan
ruangan ni memang Shima biarkan kosong senang
kalau saudara mara datang lagi pun tempatnya terhad.




Sudut tepi almari ni Shima letakkan barang2 hiasan yang husband suka, semuanya dia beli semasa outstation ke Indon



Pintu masuk ke master bedroom sebelah kiri, manakala ke bilik no 2 (bilikNajihah) di sebelah kanan
Kerusi yang bawah meja tu asal beli 5 buah dari kedai Bonia lama sebelum digantikan Sembonia sekarang di Plaza Angsana, ada pulak kawan yang minat so jual ngan dia 2 buah. Kalau tak silap, asal cover kerusi tu warna biru, oleh kerana covernya terkoyak, apa lagi Shima jahit semula sedondonkan dengan langsir. Tapi bukan langsir yang di gambar ni. Ada harapan akan aku "English"kan kerusi tu he. . he. . he. . tunggu u u u . . Gambar kat atas tu pulak gambar bunga orkid dalam pasu, tapi x nampak. . sbb flash camera.



Zoom. . . . apa yang ada atas meja t u u u u ? Hadapan. . .  pengangkutan dulu dan kini, belakang 2 tempat lilin ukiran dari kayu jati (lilin x letak) dan angklong (tak tahulah eja betul ke tak) Basikal dan angklong tu beli dikedai Jati sama dengan kerusi di ruang tamu tu. Basikal tu macam basikal arwah atuk, basikal betul . . .. berat mungkin besi dulu2 kot, sebab dulu pantang basikal atuk kat bawah rumah, gilir2 main ngan adik, sampai kena marah ngan arwahnya)  Kapalterbang tu pulak husband punya. . . . nnt kita N3 gambar kereta2 dia (maklumlah suka kumpul pengankutan moden . . .  cepat katanya, tak macam basikal . . . lambat he. .he.
tempat lilin tu beli di Plaza Angsana, kedai tu pun dah tutup.




Di ruang makan ni Shima letakkan cermin besar sbb nak nampakkan ruang makan ni lapang. Sudut kiri kanan bahagian atas cermin Shima letakkan kupu-kupu tak nak nampakkan cermin tu kosong. Dan pintu tu arah ke dapur, Shima pasangkan langsir ssb tak nak kalau orang datang terus nampak dapurnya.




Meja makan ni husband kata x perlu alas coz dia suka nampakkan urat2 kayu getah. Ye lah. . layan je lah tapi tak tahu wife dia ada idea nak buat. He. . he. . he. .

 

Mana boleh meja tak ada alaskan. . .  So Shima jahitkan alas bunga topiari (kalau salah betulkan)
pastu letakkan pasu kristal. Alas bulat tu kalau tak silap buat dari batang pisang, bunga dalam pasu tu pulak dari kulit jagung yang dikering dan diwarnakan, pucuk2 bunga buat pakai cotton bud. Kreatif betul orang2 Indon ni sebenarnya.


Ni frame surah Yassin yang di belakang meja makan, beli ngan orang datang ke rumah. Katanya buat promosi di Plaza Angsana (mula2 Angsana di buka) malas nak bawa balik ke Melaka so dia jual ngan harga pokok. Husband siap baca dulu surah tu, nak pastikan betul ke tak, bukan apa ayat2 Al Quran tak boleh di buat main.


Rasanya sampai sini dulu yer kawan-kawan. InysaAllah kita sambung lagi di lain aktiviti2 berkaitan  surirumah atau pun ibu2 yang bekerjaya yang kerjanya tak pernah habis2 untuk keluarga tersayang.
Wassalam. Shima Ismail