Tin hijau ni Shima punya... teknik dan spray cat dibuat dirumah Ratna selepas hantar anaknya tuition. Tin pink tu Najihah (TNB) punya yang dibeli dari Kak Ina Store. Menduga kesabaran betul masa nak menampal tisu ni... selalu pakai tisu gambar kecil2 bila gunakan gambar besar.... aduhaiiiiii ..... takut betul kalau berkedut-kedut.... he3x
Kemudian Shima buat pulak kelas belajar decal & decoupage dipejabat setiap selasa setiap minggu. Sebelum kita tengok gambar2 tu... terlebih dahulu Shima ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Pengerusi kelab BKKU kerana memberi kepercayaan kepada Shima sebagai tenaga pengajar untuk ahli kelab BKKU. Jutaan terimakasih juga kepada rakan-rakan yang sudi belajar kepada ~ Hjh Rohaya, Rahayu, Hazlin, Yatey, Anum, Wahidah, Illi, Kak Zohdiah, Hjh Rosidah, Maya, Ain, Yanti, Marliza, Julia & Hjh Roslina yang cukup sporting semasa sessi pembelajaran. Ok jom kita tengok gelagat2 pelajar....!!!!
Gambar 3 cupcakes ni Shima snap di kedai kat Kotaraya
Sessi mewarna, keringkan dan warna lagi sehingga 2atau 3 kali mewarna
Khusyuk "makyong" Yanti mewarna papan sign board dia... mesti cantik punyalah....
Kak Zohdiah tengah fikir macam mana nak cantik letak tisu ni. Julia pulak khusyuk mewarna... Syabas Ju..... Y, Illi & Anum sedang mengeringkan papan masing2
Bahan2 yg digunakan dan sessi mewarna.......
Y memang best !!! jari & baju dia pun dia warnakan..... he3x

Tahniah & syabas kepada Anum. Walaupun tidak tulis secara freehand tapi kualiti dah sama....
Nilah sebahagian dari hasil pembelajaran.. sampai jumpa lagi di lain waktu. Salam sayang dari