Tuesday, February 09, 2010

SentuhanKu yang seterusnya














Salam dan selamat malam kawan-kawan. Terima kasih kepada yang sudi singgah. Kali ni jom tengok hasil sentuhan Shima yang seterusnya. Sebenarnya Shima try & error jer buat ni, kalau jadi alhamdulillah walaupun tak secantik mereka yang mahir kalau tak pun insyaAllah akan Shima cuba untuk memperbaikinya. Info nak buat ni Shima dapat dari seorang teman (setiap kali ada kawan baru atau lama yang mengajar akan Shima gelarkan dia sifu) so dah banyak sifulah yang Shima dah ada, he. . he. . he. .  untung sebenarnya kalau ada banyak sifu ni. Shima sebenarnya pernah mengikuti Course Wilton 1 decorate cake. Oleh kerana tiada masa untuk membuat real cake so Shima cuba kat faux cake. Lagi pun nak mahirkan skill deco cake yang dah lama Shima tinggalkan.
So jom layan . . . . .apa yang telah Shima buat untuk hadiahkan untuk Ratna dan sorang lagi teman yang "biarlah rahsia". . .  (Ceh wah, mcm lagu Siti)

Eh apa tu ? ? ? ? Ni sebenarnya kudup ros. . . .

Yang ni roses yang dah siap dan sedang dikeringkan
Penuh kesabaran sebenarnya nak buat kelopaknya
maklumlah dah lama Shima tak praktikkan

 
Ni pulak roses yang dah siap. Shima try buat 3 size S,M,L
coz yang kecik tu rasanya sesuai di cupcake yang comel,
yang sedang boleh letakkan di slice cake dan yang L bolehlah
letak kat kek besar yang bulat ataupun 4 segi.
  

 

 

Ni hasil kerja Shima yang dibuat khas untuk sifu-sifu ku
Ratna dah dapat . . .& (teman "biarlah rahsia") nnt Kak Shima
telepon awak, k
(Sorang dua bijik yer. . .coklat 2 roses 2)

 
Alhamdulillah, bergambar bersama Chef Norizan setelah
tamat Course 1 Wilton. Peserta dengan kek
masing-masing


Ni kek betul tau. . . bukannya tipu

Buat masa ni Shima lum ambil oder lagi, InsyaAllah Shima akan buatkan dulu beberapa contoh. Kepada yang berminat kena tunggulah yer untuk sentuhan Shima yang seterusnya yang semestinya lebih mengancam. He. . he. . he. .  

Sekian, wassalam.