Thursday, January 07, 2010

Makan makan - Karipap simple

Salam pengunjung2 blog sy yang tidak seberapa ini. Dah hampir seminggu anak-anak naik sekolah. Oleh kerana kedua2 anak Shima sekarang diasrama, yang lelaki di SDAR dan yang perempuan tu di SIGS, so adalah masa untuk Shima mencuba resepi yang simple2 untuk yang perempuan tu nanti masa hujung minggu atau si abang semasa balik cuti sekolah. Hah. . baru-baru ni Shima ada cuba buat kuih, ala-ala karipap. Namanya tak tahu. Resepinya senang je. Bolehlah kawan-kawan kalau nak mencuba. Bahan-bahannya :- Beberapa keping roti canai plain (Shima gunakan Brand Kawan) Inti sardin atau daging (secukupnya) Kuning telur untuk sapu Cara-caranya :- Roti canai segera dipotong 2 (buat masa masih sejuk - klu dah lama keluar dari petisejuk akan melekat) Tekap-tekapkan dengan tapak tangan pada roti canai tersebut sehingga boleh dilipat Letakkan inti, kemudian ditekan tepi-tepinya dengan garpu. Kepada sesiapa yang tahu kelim, bolehlah kelim (mcm karipap) Klu nak karipap tu lg cantik, sapukan kuning telur diatasnya Panaskan oven 180 Celcius selama 10 minit. Kemudian masukkan pastri karipap tadi dan dibakar semula selama 15-20 minit or ikutlah oven masing2 yer. . So selamat mencuba. Hah. . ni lah hasilnya kawan-kawan.