Thursday, January 26, 2012

Mencari Idea & Sessi Renovasi Bahagia 1

Assalam rakan-rakan. Kali ni Shima nak N3 mengenai mencari idea berkaitan susun atur bahagian dapur dan rumah dari blog rakan-rakan yang Shima sempat singgah. Bolehlah nanti Shima gunakan jika rumah Shima dah siap nanti. Shima berkenan kabinet dari blog My Cottage Of Bliss, nampak kemas dan tersusun. Rumah Shima pun bukannya besar sangat yang penting kita tahu gunakan ruang untuk nampak  besar. Ok lah jom kita tengok gambar-gambarnya.... 


Bahagian depan rumah sebelum renovation
 



Bahagian ni dulu tempat Shima letak meja makan seperti gambar di bawah

 
Ni pula bahagian hall sediaada


Sebenarnya ini adalah bilik anak perempuan yang dipecahkan untuk buat tangga dan jadikan kawasan tambahan dari bahagian hall yang sediaada. Seperti gambar di bawah ni. (Pecahkan bahagian yang diletakkan cermin besar tu)






Ni pula bilik belakang (bilik anak lelaki) yang dipecahkan untuk dapat dan besarkan ruangan dapur sediaada.


 

Sebelum ni, dapur Shima macam ada lorong sebab rumah sebelah dah renovate jadi Shima pecahkan untuk dapatkan ruang dapur.



Ni tembok asal bahagian dapur dan tembok yang telah di tambah sebelum dinding asal di pecahkan.

Ok lah sampai di sini dulu. Nanti Shima N3 lagi dalam "mencari idea & sessi renovasi bahagian 2 

Wassalam.




Wednesday, January 25, 2012

Part 3 & 4

Assalam & salam sejahtera kawan2. Kali ni Shima nak sambung kisah perjalanan Shima tempohari. Selepas berakhirnya lawatan kerja sambil belajar, rombongan kami seterusnya di bawa untuk lawatan di Gunung Berapi Tangkuban Perahu yang mana namanya tersebut diambil dari kisah dongeng Dayang Sumbi dan Sangkuriang..... sepertimana yang diceritakan oleh tourist guide kami. Jom tengok gambar...

Hah...!!! apa lagi sessi mengambil gambar bermula....


Shima & Natashah ..
Pemandangan yang menarik
Hajah Shima & Haji Norazim..... hahaha....




Leka berjalan naik & turun bukit bersama Natashah rupanya kami berdua telah sampai di `Batas Kunjungan Wisata'. Cari kawan-kawan yang lain rupanya mereka tak berjalan sejauh yang kami berdua .... nasib baik ada pagar-pagar kayu ni, kalau tidak jauh lagi kami berdua berjalan.......

Macam mendaki gunung pulak......

Selesai lawatan di Gunung Berapi Tangkuban Perahu apa lagi acara makan tengahari pulak di Restoran Daun Pisang.... yang berlatarbelakangkan kawasan rumah-rumah di kaki bukit.





Makan malamnya pula di restoran "Selero Jumbo" ahhh.. kat sini ada pelamin untuk bergambar....




Selesai makan malam kami check in di Hotel Millenium dan esoknya acara bebas ke Tanah Abang, untuk sessi membeli belah sebelum pulang....


Sessi bergambar bersama Pak Herma sebelum ke airport

Alhamdulillah berakhir lawatan kerja sambil belajar sepanjang 4H3M di Bandung & Jakarta dimana semuanya berjalan lancar dari 16 hingga 19 Disember 2011. InysaAllah Shima akan pergi lagi ke Bandung kali ni bersama keluarga pula.....

Sampai bertemu lagi....