Tuesday, March 16, 2010

REAL STORY 3 IN 1

Salam dan selamat malam, rakan-rakan blogger sekalian. Dah lama Shima tak entry, rindu rasanya. Banyak yang Shima nak kongsikan untuk tatapan rakan-rakan sekalian. Sebab apa mendiamkan diri? ? SEBAB CAMERA ROSAK! ! nasib baik Ratna tolong promosikan hasil jualan faux cupcakes Shima di blognya sementara menunggu Shima baiki camera. Terima kasih banyak-banyak, sekarang dah ok sebelum Shima hadiri seminar. Jom kita layan cerita pertama Shima mengenai MAWAR KU SEMAKIN KEMBANG
Hah. . . . ni lah mawarku semakin kembang, hasil sentuhan Shima yang seterusnya
Mawar size cupcakes sederhana ni alhamdulillah makin banyak permintaan, harganya RM15 Ada 2 warna, pink dan hijau tapi roses tu tetap warna pink. Warna pink Shima tak sempat nak ambil gambar.
Kepada sesiapa yang pernah jengah di Ratna home craft, Shima buatkan dirumahnya size small RM12 untuk jenis yang sama, warna pink dan hijau juga. Shima cuma buat 2 size sahaja
Jom ke cerita Shima yang kedua.
CHOCOLATE SLICE CAKE cubaan pertama Shima buat slice cake ni. InsyaAllah Shima akan buatkan macam-macam warna cake, tunggu. . . . jom tengok seperti biasa kepada sesiapa yang berminat, apa tunggu lagi. . . . .

macam nak makan je rasanya. . . . sebenarnya dah lama rasanya Shima x buat chocolate cake yang betul. . . InsyaAllah ada masa nanti Shima akan buat, saje untuk makan-makan he. . he. . he. .
Cerita Shima yang ketiga. SEMINAR KENALI POTENSI DIRI
Sebenarnya Sabtu & Ahad minggu lalu Shima hadiri Seminar Insentif Kebahagiaan, Kekayaan & Kejayaan anjuran Richworks Resources Sdn Bhd oleh Dr Azizan Osman. Alhamdulillah tercapai juga hajat Shima untuk hadir walaupun tertunda pada tahun lepas kerana Shima tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ramai yang hadir ada dari Trengganu Kalau tak silap, Dr Azizan ni ada keluar di rancangan Kopi O tarik TV9. Muda lagi orangnya dalam 35 tahun, dengan berkat usaha beliau kini telah berjaya dan berjaya lagi. Oleh itu salah seorang Mentor Shima sekarang ni ialah beliau. Kepada sesiapa yang pernah hadir seminar beliau akan tahu potensi diri, boleh digunakan untuk anak-anak dan sesiapa sahaja. Doakan kejayaan kepada mereka-mereka yang hadir pada minggu lepas di Kompleks Mawar, Amin. Kebetulan semasa di Seminar tu Shima baru dapat jumpa dengan seorang Chef yang tak asing lagi iaitu Chef Amer, selama ni Shima hanya dengar je nama beliau melalui kak Pah. Kebetulan sehari sebelum hadir seminar tersebut kak Pah tolong dapatkan buku terbaru chef iaitu Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia. Terima kasih Kak Pah kerana dapatkan buku tu dengan ada tandatangan dari chef lagi. Kepada sesiapa yang belum hadir seminar Dr Azizan ni, bolehlah hadir pada 21hb Mac 2010 ni di UTM Skudai, memang bagus.
Mentorku. Ni sebenarnya tunjukkan minda kita yang perlu digunakan sepenuhnya dengan pemikiran yang positif 2 thumbs up, memang best. . . semoga semangatnya Dr Azizan menjadi pembakar semangat kepada sesiapa yang menjadikan beliau sebagai MENTOR
Buku yang Shima beli dengan Chef sehari sebelum menghadiri Seminar tersebut melalui Kak Pah. Memang bagus buku ni. . . . .banyak yang menarik di dalamnya.
Sampai jumpa lagi di lain post yang semestinya semakin menarik dan tertarik.
Wassalam.
Shima Ismail