Sunday, February 28, 2010

Hadiah untuk sahabat

Salam dan selamat malam rakan-rakan sekalian. Malam ni Shima nak N3kan faux cupcakes untuk sahabat Shima yang banyak membantu tanpa meminta bayaran. . . . .ikhlas katanya. Untuk membalas jasa baiknya, Shima hadiahkan "faux cupcakes" untuk dijadikan kenang-kenangan walaupun ilmu yang diajar tiada kena mengena dalam projek "faux cupcakes" ni. Terimakasih banyak2 semoga apa yang dia usahakan berjaya dan diperbanyakkan rezekinya. Amin. Jom kita layan hasil sentuhan Shima.

Harap dia suka. . .  TQ atas ilmu yang di beri.

Monday, February 22, 2010

MOTIVASI

Salam dan selamat malam kepada semua rakan-rakan blogger sekalian. Kali ni Shima nak cerita keluar dari tajuk hal-hal mengemas rumah he. .he. .he. . kali ni mengenai MOTIVASI kerana dah lama rasanya Shima tak mengikuti  seminar sebegini. . . .  macam kat pejabat juga kalau  dah lama tak dihantar kursus atau pun seminar semangat ditahap samarata jer cuba selepas pergi motivasi ataupun seminar bersemangatlah sikit    he. . he. . he. . cuma nak maintain jer susah jika kita tak istiqamah, ceh wah. . .  ayat power. 
Alhamdulillah sebenarnya pada hari Sabtu 20 Feb 2010 Shima telah menghadiri Seminar "MENGANGKASAKAN IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR" anjuran Excel Training & Consultan (M) Sdn Bhd di MPC Bandar Baru UDA, siapa lagi motivatornya kalau bukan Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Program motivasi bermula pada pukul 2.30 dan berakhir lebihkurang pada pukul 6.30 ptg. Seramai 500 ibubapa yang hadir, ada juga dari Singapura. Sepanjang lebihkurang 4 jam bersama Dato' banyak yang dapat Shima pelajari yang mana selama ini kadang-kadang kita abaikan secara langsung atau tidak langsung dalam mendidik anak-anak.

Sepertima yang diberitahu oleh Dato' dan juga pandangan Shima secara peribadi memang semua ibubapa inginkan anak-anak mereka berjaya dengan kelulusan tinggi tetapi jangan sampai kita sebagai ibubapa memberikan tekanan kepada anak-anak untuk ke arah itu, kerana anak-anak tidak semuanya sama diantara mereka adik beradik. Selain daripada itu kita sebagai ibubapa juga masih ada membuat kesilapan yang mana kadang-kadang kita sendiri tidak sedari dan kesilapan itu juga yang dilihat oleh anak-anak yang akan menyebabkan mereka mengikut tingkah laku kita sebagai contoh. Oleh itu InsyaAllah Shima akan cuba memperbaiki diri sendiri supaya menjadi seorang ibu contoh kepada anak-anak dan seorang isteri yang solehah walaupun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki sepertimana pesan Dato "hari ini perlu baik dari semalam".  Oleh kerana tip-tipnya terlalu banyak untuk catitan di sini Shima sertakan ayat yang selalu diamalkan oleh Dato' dalam mendidik anak-anak. Amalkan doa pembuka 12 pintu rezeki yang mana maknanya :
Ya Allah. . . ! Bukakanlah  untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
dan satu lagi tipnya "maafkan semua orang dan mohon semua orang maafkan kita setiap hari sebelum tidur" selepas membaca Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayatul Kursi"
serta sebelum masuk ke rumah baca Bismillah 3x , beri salam dan masuk dengan kaki kanan. Kepada sesiapa yang dah amalkan alhamdulillah. . .
Oleh itu kepada rakan-rakan blogger samaada Shima pernah berjumpa atau pun tidak dan rakan-rakan pejabat yang mengikuti blog Shima ini, Shima sekeluarga minta maaf sekiranya sepanjang kita bersahabat ada membuat kesalahan.

Oklah mari kita layan gambar pulak, coz mana sah kalau N3 tak de gambar, yer tak. . . . .


Ni Dato' baru nak start. . . tengok ramai orang dah
ambik gambar Shima pun apa lagi snap lah jugak

 
Buku yang disertakan - bahagian hadapan
Dapat tandatangan Dato' selepas seminar

Buku bahagian belakang
Motivasi untuk anak-anak selama 2 hari pada
20 & 21 hb



Dato' dah macam artis. . .minta autograf

Dato bersama peminat cilik dan ibubapa selepas seminar

Shima bertudung putih. . . he. he. .he sempat juga bergambar

Oklah sampai jumpa lagi di lain post.
Wassalam

Thursday, February 18, 2010

Promosi Faux Cupcakes

Hello o o o, salam dan selamat malam rakan-rakan blogger yang sudi jengah. Jangan silap k, ni bukannya kek yang boleh dimakan, tapi ni boleh dipegang tapi keras dimakan. Tiada masalah nak simpan berapa lama pun jika pandai menjaganya dan tidak berkulat he. .he. .he. .
Sepertimana yang telah dijanjikan, malam ni nak N3kan sentuhan faux cupcakes untuk jualan hasil dari sentuhan Shima sendiri. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah sms di 0137525256

A1 (Perisa Peppermint)

A2 (Perisa Strawberry)

A3 (Perisa Vanilla)

Untuk makluman rakan-rakan, Shima lebih suka gunakan kod perisa untuk senang nak ingat. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah call atau sms pada Shima dengan menggunakan no kod tersebut.  Harga promosi RM13 seunit tidak termasuk harga pos sehingga 28hb Feb 2010
Tarikh oder selepas 28hb akan ke harga asal RM15 seunit.
JADI APA LAGI . . . . JANGAN LEPASKAN PELUANG

Wednesday, February 17, 2010

Hasil Sentuhanku, Hadiah Untuk Mak

Salam dan selamat malam rakan-rakan alam maya sekalian. Kali ni Shima nak N3kan hasil sentuhan Shima yang tak seberapa ni khas untuk mak walaupun bukan meraikan hari istimewa. Hadiah istimewa  ni buat mak yang dah lama minat dengan decoupage dan folkart ni, itupun Shima tahu semasa bagi mak pinjam buku semasa jaga abah di hospital. Oleh kerana sentuhan faux cake Shima tergendala sebentar, Shima berusaha untuk habiskan buat hadiah untuk mak dalam minggu ni jugak sebelum Shima berikan sentuhan pada faux cake. Basic faux cake nya Shima dah buat cuma sentuhan akhirnya sahaja, so tunggu yer.  Kita layan dulu gambar2 hadiah Shima untuk mak.

Papan basuh baju ni Shima beli kat kedai pontian
batu 5, tampoi



Gambar baju/seluar ni Shima ikut pada tin yang beli
di Kotaraya

Ni kuali roti jala, dah lama berkarat jadi apa lagi . . . . .
operasi spray bermula. . . . 

Alahai mak bolehlah bukak 24 jam untuk cucu2nya yang
seramai 5 orang ni, itu pun masa cuti sekolah kalau tak
cuma sorang jer. . . itu pun hujung minggu he.  he. . he. .
layan mak cucu mak sorang tu jangan tak layan. . . . . . .

tekanlah macamana pun button tu
mak jugak yang kena buat, he. . he. .he. .

akhirnya. . . .

 No idea, what to do. . . . just write coffee & tea corner

Ni faux cake cubaan pertama Shima tempohari
masa bagi mak, mak kata buat susah2 je buat kek
eh, kenapa bagi pinggan sekali ? ? ?
Oh! ! kek tak boleh makan. . . .lah

Ok lah rakan-rakan, nilah hasil sentuhan belajar Shima berkenaan decoupage dan folkart dengan Ratna yang telahpun Shima praktikkan untuk buat hadiah istimewa khas untuk mak. Harap mak suka.

Sampai jumpa lagi, wassalam.






Tuesday, February 16, 2010

Majlis Pertunangan

Salam dan selamat malam kepada rakan-rakan di alam maya. Terima kasih atas kunjungan rakan-rakan. Buat masa ni tergendala sebentar kerja-kerja sentuhan Shima yang selanjutnya kerana sibuk dengan anak-anak kerana cuti Chinese New Year, balik kg (Senai) tengok abah dan mak, majlis pertunangan anak saudara di Pontian, balik kg Benut tengok mak mertua, balik rumah dengan kerja-kerja rumah lagi. Hai betullah, kalau di ingat2 balik dialog dalam cerita Labu Labi, keje . . keje. . keje. . 
Ok lah, oleh kerana kerja-kerja sentuhan Shima tergendala, Shima nak ceritalah pasal majlis pertunangan anak saudara pada 14hb ari tu. (Untuk tatapan Taqia & Endang juga yer)  

Ni ucapan dari Cik Jalil semasa jadi wakil pihak lelaki, 
Cik Latif, Cik Rashid dan sebelahnya Cik Shahrul
Cik Hamid (not in the house. . .gmbr dia x masuk)
He. .he. .he. . dia sebenarnya sebelah Cik Shahrul

Ni lah tunang Encik Mahmud kita. . .
hantarannya 7,777.77 next year langsung. . . 
kalau tersalah taip dah jadi 77,777.77
kalau salah lagi 777,777.77
hah. kalau tersalah cakap pengsan bakal pengantin lelaki. . .  

Kat bawah tu saper yer. . . .

 
Ni lah saya punya biras, belakang saya Cikgu Hasmah
dan yang lagi sorang tu bakal mak pengantin. . .

Hantaran dari Mahmud

  
Balasan dari pihak perempuan

Sorrylah Qia & Endang, gmbr your family Cik Shima x snap, coz klu nak ambik dah macam camerawomen lak nanti. Next time kalau ada apa2 occation Cik Shima ambik, k. FYI ari tu Cik Ramah x dtg coz dia ke Melaka.  
Belajar betul2 yer. . .and best of luck to both of you & be a good better best doctor in our family.
Bye dan Wassalam. 

ID: 54488-79-EADC1D3A24DCEBDCF83D87B4A14DC9B1

Tuesday, February 09, 2010

SentuhanKu yang seterusnya














Salam dan selamat malam kawan-kawan. Terima kasih kepada yang sudi singgah. Kali ni jom tengok hasil sentuhan Shima yang seterusnya. Sebenarnya Shima try & error jer buat ni, kalau jadi alhamdulillah walaupun tak secantik mereka yang mahir kalau tak pun insyaAllah akan Shima cuba untuk memperbaikinya. Info nak buat ni Shima dapat dari seorang teman (setiap kali ada kawan baru atau lama yang mengajar akan Shima gelarkan dia sifu) so dah banyak sifulah yang Shima dah ada, he. . he. . he. .  untung sebenarnya kalau ada banyak sifu ni. Shima sebenarnya pernah mengikuti Course Wilton 1 decorate cake. Oleh kerana tiada masa untuk membuat real cake so Shima cuba kat faux cake. Lagi pun nak mahirkan skill deco cake yang dah lama Shima tinggalkan.
So jom layan . . . . .apa yang telah Shima buat untuk hadiahkan untuk Ratna dan sorang lagi teman yang "biarlah rahsia". . .  (Ceh wah, mcm lagu Siti)

Eh apa tu ? ? ? ? Ni sebenarnya kudup ros. . . .

Yang ni roses yang dah siap dan sedang dikeringkan
Penuh kesabaran sebenarnya nak buat kelopaknya
maklumlah dah lama Shima tak praktikkan

 
Ni pulak roses yang dah siap. Shima try buat 3 size S,M,L
coz yang kecik tu rasanya sesuai di cupcake yang comel,
yang sedang boleh letakkan di slice cake dan yang L bolehlah
letak kat kek besar yang bulat ataupun 4 segi.
  

 

 

Ni hasil kerja Shima yang dibuat khas untuk sifu-sifu ku
Ratna dah dapat . . .& (teman "biarlah rahsia") nnt Kak Shima
telepon awak, k
(Sorang dua bijik yer. . .coklat 2 roses 2)

 
Alhamdulillah, bergambar bersama Chef Norizan setelah
tamat Course 1 Wilton. Peserta dengan kek
masing-masing


Ni kek betul tau. . . bukannya tipu

Buat masa ni Shima lum ambil oder lagi, InsyaAllah Shima akan buatkan dulu beberapa contoh. Kepada yang berminat kena tunggulah yer untuk sentuhan Shima yang seterusnya yang semestinya lebih mengancam. He. . he. . he. .  

Sekian, wassalam.

Sunday, February 07, 2010

Hasil "keras tangan"

Salam dan selamat malam kepada pengunjung2 baru dan lama. Semalam Shima dah N3kan kunjungan di Sri Iman, lagi pun Shima tak banyak ambil gambar. (Leya, akak x jadi ambil gambar dari blog awak, anyway tqvm klu u izinkan)
Sebenarnya dalam masa 2 minggu ni Shima cuba sempat2kan diri untuk habiskan menjahit langsir dapur dan ruang tamu yang dah lama tak diberikan "sentuhan". 
Alhamdulillah, walaupun makan masa yang lama akhirnya siap juga hasil sentuhan Shima yang ringkas tapi puas dengan hasil "keras tangan" ni. Sempat juga kerja-kerja spray barang2 lama yang sediaada dan akan   Shima berikan sentuhan sedikit demi sedikit jika ada masa mengizinkan.
Ok lah jom jengok ke dapurku yang ciput lagi senang untuk dikemas.

Ni langsir lama bahagian depan, kain langsir belakangnya
telah lama Shima turunkan. Kalau petang,  panasnya. . .

Ni lah hasil "keras tangan ku" walaupun tak seberapa

    
Ni pulah langsir ruang tamu. . . .  biasalah Shima
cuma jahitkan double pleat je. Sarung kerusi di
bawah tu dah jahit cuma belum sempat lagi
ditukarkan, buat sikit-sikit dulu, ada masa tukarkan. . .
ye tak. Atas meja tu hadiah dari kak Sarah EG di rumah Ratna

 
Zoom sikit atas meja tu. . .
Tempat asal meja ni di tengah2 diantara masuk ke bilik.
Shima alihkan untuk letak pelita2 dan kerusi tu
Shima letak di depan cermin besar.
Barulah nampak pelita2 ku.

Oklah sampai jumpa lagi dengan sentuhan Shima yang tak seberapa.
Wassalam.

Saturday, February 06, 2010

Pertemuan di Sri Iman, Setia Tropika

Salam & selamat malam kawan-kawan. Kali ni nak cerita pasal pertemuan di rumah Ratna di Setia Tropika tempohari. Rasanya Shima lambat N3kan citer ni coz yang paling lambat datang dan balik he, . he. . he. . Salam perkenalan juga kepada rakan-rakan  yang lain semoga pertemuan tempohari dapat menjalinkan persahabatan yang berpanjangan dan akan Shima linkkan. Kepada Adura harap suka dengan hadiah yang tak seberapa dan kepada kak Sarah terima kasih banyak2. Tak menangis tau. . . . suka lagi ada.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Ratna kerana menyediakan nasi beriani yang menyelerakan.
So layan jerlah gambar2 yang actually tak banyak Shima ambil, tu sebabnya minta permission dari Leya untuk buat tambah2kan gambar, TQ Leya.

Ni hadiah masing-masing yang bawa.
Hah. . .  mari kita lihat sape yang dapat

Wah! ceria Eija dpt hadiah dari Adura
 sepertimana yang diidamkan he. .he. .

Terima kasih, kak Sarah. . .

Tanpa kalian berdua, tidak ceria. . . . .



Hope U like it

Camera woman. . . macam majlis perkahwinan da. . .



Hadiah bertuah dari tuan rumah. . .


Tin kecik2 ni lah projek Shima dan Ratna di
kotaraya tempohari. Ratna memang dah ada
sebelum ni tambahkan lagi untuk jadi pemanis. .


Sampai jumpa lagi.

Wassalam
 Shima Ismail