Wednesday, January 27, 2010

Jahit Manik

Salam dan selamat malam. Kepada kawan-kawan yang selalu menjengah di Ratnahomecraft mungkin dah tak sabar2 nak gader2 pada 31hb nanti, yer tak, begitu juga Shima.
Semalam sempat jugalah Shima dan Ratna gi Kotaraya . . . biasalah projek tambahan kecil-kecilan
he. . he. . he. . kita tunggu post yang seterusnya dari Ratna kita tu. . . pasti ada sentuhannya yang menawankan hati. 
Ok lah kali ni Shima nak cerita sikit pasal jahit manik baju untuk kawan tempohari, actually baju tu Kak Mas nak pakai sempena majlis perkahwinan anak saudaranya minggu lepas. Maaf Kak Mas, Shima tak sempat nak habiskan jahit kerana sibuk dengan projek menurunkan kain langsir dapur yang telah lama tak dibasuh. Al maklumlah bekerja. . . ada masa buat tak de masa sampai bertahun baru nak basuh. He. . . 3x
silap-silap hb berbulan-bulan tak berlangsirlah dapur tu, nak jagit langsir baru, aduh . .  tunggu Shima ada mood . Ha . . ha . . yer la tu. Jomlah layan sentuhan Shima yang tak seberapa kali ni, harap2 kak mas suka dan tak kisah. . . .  macam Aiman


Baju ni kak mas kata jahit je lah apa2 Shima. . .
Adus. . . ni yang pening. Tukang jahit ni pun
bukannya pro sangat, simple2 je bolehlah



Ni bahagian bawah baju, bunga menjalar jer. . .
bunganya tu ada yang panjang dan ada masih kudup



Ni pulak bahagian lengan

Oklah harap2 kak mas suka dan kepada Julia (kawan pejabat) kalau nak minta Shima tolong jahitkan, boleh tapi dengan syarat baju baru, ha . ha. . Ju. . hang cepat2 cari baju baru yer.

Sampai jumpa lagi dengan sentuhan baru, tunjuk ajar dari Sifu ku, Ratna. Tunggu. . . . . .

Wassalam.
Shima Ismail



Sunday, January 24, 2010

Barang Antik Mak

Salam, kawan-kawan semua. Semalam Shima dah N3kan pasal hunting barsama Ratna di Kedai Melayu.
Kali ni Shima nak bawa kawan2 ke rumah mak pulak, nak cerita barang-barang antik yang ada dalam simpanannya.
2 diantara barang-barang ni dah lama dalam simpanan mak sebenarnya, cuma dia tak keluarkan dari celah2 pokok orkid2nya. Ha. . ha. . ha. .
Yang kelakarnya anak saudara Shima kata "anak batu giling" tu excersice papanya. . . coz papa dia buat "dum bell" . . . . ahaks.
Kawan2 ni lah barang-barang antik tu. . . .


Sebelah kiri tanpa batang penumbuknya
tu mak minta dari mak Jah sebelah rumah,
lagi pun dia letak barang tu kat belakang rumah dia
. . . . . . tak terbela, yang tengah tu tak ada kayu
pemegangnya & batu giling memang mak punya
turun temurun. Batu giling tu dah tak banyak matanya,
dah licin. Kalau dulu2 nak tajamkan batu giling, selalunya
ada orang india yang datang kat rumah nenek, sebelum
datang dia dah jerit dari jauh . . . tajam batu. . tajam batu. .
betul tak! !
Kenangan tu. . . . . kawan-kawan.

Sampai jumpa di lain post yer. . . nak cerita kenangan2 masa kecik

Wassalam.
Shima Ismail






Hunting Kedai Melayu

Salam, kawan-kawan. Rasanya ramai dah lihat blog Ratna Home Craft last week pasal hunting di kedai melayu. Wah! Ratna dah pergi kali ke2 lah. Rezeki . . . sbb buka last week.
Memang betullah kata Ratna, kita orang selongkar dari kanan ke kiri dari atas ke bawah dari berdiri hingga mencangkung siap buka kasut lagi.  He. . he. .  kalau tempat pak cik tu ada tempat duduk rasanya kita berdua boleh bersila masa pilih barang . . . . Oleh kerana Shima baru nak gader2 mengumpul barang-barang, ni jer yang Shima borong bersama Ratna, itu pun tak tahu lagi mana hendak diletakkan. maklumlah dapurnya "ciput"


Teko bertutup , manggkuk bujur
Verico warna hijau, piring pink, biru
& mangkuk

Hah! Ni Ratna sempat posing ngan abang kat belakang tu tunjuk barang-barang yang telah dipilih. Kira jadi belilah tu . . . . .


Ratna kata pinggan ni cantik klu decopage ngan roses, warna lembut2.
Jom Ratna, projek kita malam-malam (he. .he. .) Hopefully jadi.

Oleh kerana dah cerita pasal hunting kedai Melayu ngan Ratna, Shima nak N3 lah ruangan dapur Shima yang "ciput". Ni teko2 dan cawan minum teh cina yang memang dah Shima kumpul sikit-sikit tapi masih banyak lagi setnya yang masih dalam sessi pencarian. Kepada kawan2 yang ada tempat2 untuk mencari barang2 ni bagitahulah kami yer, mana tahu saya dan Ratna boleh serbu pulak tempat2 tu.

 
Sudu ada satu jer. . . dah lama "keseorangan"
pinggan dan lain2 x de lagi ni. Tolong kwn2 . . . . . . .


Hasil pembelian dari Tokey Pelita . . Eija
Ada juga beli dengan Kak Zah KK dan dari Kak Azie
(maklang) tapi tak N3kan sebab tempatnya terhad. 
Beli ngan mak lang khas untuk hari jadi mak.
InsyaAllah hasil mengumpul barang2 ni akan
ku cari tempat nak diletakkan. He. . he. . he


Tin2 pun masih sikit, coz saya budak baru mengumpul. . .
he. .he. . he. .


Kalau ada tempat nak di letakkan ada mahunya
memborong di Romantika atau dimana2 aje yang
diserbu. Pak kal je tempatnya terhad. . . . . .
So ni jer lah yer.



Ni hadiah semasa kahwin. Piring berbunga besar ada 1
yang kecil ada 4, gelas berkaki kecil tu Singapore Airlines
berkaki besar tu bukan ngan yang sebelahnya.
Kira antiklah jugakan, dah hampir 18 tahun tak pernah pakai.




Set ni masih dalam pengumpulan yang seterusnya.









Sampai jumpa lagi. . . wassalam
Shima Ismail

Tuesday, January 19, 2010

Sandwich Ranggup

Salam, kawan-kawan. Sebelum nak `terjah' ke ruangan yang lain, Shima nak ajak kawan-kawan masuk ke
dapur, kita masak-masak dululah yang simple2 sebab sekarang ni Shima tengah sibuk menjahit manik untuk baju kawan bagi majlis perkahwinan anak saudaranya. 
Sandwich Ranggup ni boleh buat untuk sarapan pagi atau minum petang. Sedap makan semasa panas-panas. Jom kawan-kawan kita layan bahan-bahan dan cara-caranya. . . . . .

Bahan-bahannya :
Roti - gardenia
Bawang besar / lada merah & lada hijau (potong dadu)
limau kasturi
tepung dicampurkan sedikit air untuk disapu pada hujung roti

Cara-caranya :


kukuskan roti - untuk melembutkan roti


kemudian digelekkan roti untuk dijadikan
leper dengan penggelek
(betul ke ayat ni, he. .he. .he. . )


letaklah inti sardin seperti ni


kemudian digulung dan sapukan
sedikit tepung yang dicampur air
tadi untuk melekatkan hujung roti

kemudian roti digoreng hingga kuning
dengan api perlahan.


macam ni lah kalau dah jadi kawan-kawan.
Makan masa panas-panas, ranggup nyer. . . 

Selamat mencuba. . . . walaupun simple
jika dibuat dari air tangan ibu atau isteri 
dengan rasa kasihsayang mesti keluarga suka.
Wassalam selamat mencuba. . . .

Friday, January 15, 2010

Hijrah dari JB ke KL

Salam kawan-kawan semua. Semalam 14hb bermulalah penhijrahan seorang sahabat Shima yang hampir 19 tahun kerja di bahagian yang sama berpindah tugas di KL kerana mengikut suami. Walaupun masih dibawah satu bumbung tapi `kehilangan' tetap di rasakan.



dah kosong dah. . . . . .


Kad ucapan dari rakan-rakan, Shima .  . . . .  tak tertulis di kad



Hanya ayat ni je yang mampu Shima taipkan untuk Yati. . .
kerana banyak kenangansuka duka dan sebagainya. . .
dari kami anak dara sehingga masing-masing dah ada anak dara.


Kerjasama dan sepakat daripada ikatan sahabat
menjadi seperti bersaudara. . . . .susah senang
di lalui bersama

 



Ikhlas dari kami semua. . . . .


Cuba cari mana satu Yati & besan




Sessi . . . . . . . . . terakhir kita bersama

"Bersyukurlah dan  muhasabahlah diri sendiri sekiranya
kita di uji kerana itu tandanya ALLAH masih sayang dan
ingat akan kita. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya"
Ayat Yati . . . sebenarnya.

Kami doakan semoga Yati gembira di tempat tugas baru dan di
samping keluarga tersayang. Amin. . .

Thursday, January 14, 2010

Janji ditunaikan

Salam kawan-kawan semua. Ada yang telah cuma masak ketam tu? Ok lepas masak kita kemas rumah pulak yok. . .jom ke ruang makan yok. . . sepertimana yang telah Shima janjikan tempohari.


Ni pulak pandangan dari ruang tamu terus ke ruang makan
ruangan ni memang Shima biarkan kosong senang
kalau saudara mara datang lagi pun tempatnya terhad.




Sudut tepi almari ni Shima letakkan barang2 hiasan yang husband suka, semuanya dia beli semasa outstation ke Indon



Pintu masuk ke master bedroom sebelah kiri, manakala ke bilik no 2 (bilikNajihah) di sebelah kanan
Kerusi yang bawah meja tu asal beli 5 buah dari kedai Bonia lama sebelum digantikan Sembonia sekarang di Plaza Angsana, ada pulak kawan yang minat so jual ngan dia 2 buah. Kalau tak silap, asal cover kerusi tu warna biru, oleh kerana covernya terkoyak, apa lagi Shima jahit semula sedondonkan dengan langsir. Tapi bukan langsir yang di gambar ni. Ada harapan akan aku "English"kan kerusi tu he. . he. . he. . tunggu u u u . . Gambar kat atas tu pulak gambar bunga orkid dalam pasu, tapi x nampak. . sbb flash camera.



Zoom. . . . apa yang ada atas meja t u u u u ? Hadapan. . .  pengangkutan dulu dan kini, belakang 2 tempat lilin ukiran dari kayu jati (lilin x letak) dan angklong (tak tahulah eja betul ke tak) Basikal dan angklong tu beli dikedai Jati sama dengan kerusi di ruang tamu tu. Basikal tu macam basikal arwah atuk, basikal betul . . .. berat mungkin besi dulu2 kot, sebab dulu pantang basikal atuk kat bawah rumah, gilir2 main ngan adik, sampai kena marah ngan arwahnya)  Kapalterbang tu pulak husband punya. . . . nnt kita N3 gambar kereta2 dia (maklumlah suka kumpul pengankutan moden . . .  cepat katanya, tak macam basikal . . . lambat he. .he.
tempat lilin tu beli di Plaza Angsana, kedai tu pun dah tutup.




Di ruang makan ni Shima letakkan cermin besar sbb nak nampakkan ruang makan ni lapang. Sudut kiri kanan bahagian atas cermin Shima letakkan kupu-kupu tak nak nampakkan cermin tu kosong. Dan pintu tu arah ke dapur, Shima pasangkan langsir ssb tak nak kalau orang datang terus nampak dapurnya.




Meja makan ni husband kata x perlu alas coz dia suka nampakkan urat2 kayu getah. Ye lah. . layan je lah tapi tak tahu wife dia ada idea nak buat. He. . he. . he. .

 

Mana boleh meja tak ada alaskan. . .  So Shima jahitkan alas bunga topiari (kalau salah betulkan)
pastu letakkan pasu kristal. Alas bulat tu kalau tak silap buat dari batang pisang, bunga dalam pasu tu pulak dari kulit jagung yang dikering dan diwarnakan, pucuk2 bunga buat pakai cotton bud. Kreatif betul orang2 Indon ni sebenarnya.


Ni frame surah Yassin yang di belakang meja makan, beli ngan orang datang ke rumah. Katanya buat promosi di Plaza Angsana (mula2 Angsana di buka) malas nak bawa balik ke Melaka so dia jual ngan harga pokok. Husband siap baca dulu surah tu, nak pastikan betul ke tak, bukan apa ayat2 Al Quran tak boleh di buat main.


Rasanya sampai sini dulu yer kawan-kawan. InysaAllah kita sambung lagi di lain aktiviti2 berkaitan  surirumah atau pun ibu2 yang bekerjaya yang kerjanya tak pernah habis2 untuk keluarga tersayang.
Wassalam. Shima Ismail

Jom masak pulak. . . .

Salam kawan-kawan. Senang sikit hati nak N3 apa2 lepas ni maklumlah sepanjang minggu ni abah kat hospital. Bila tengok dia dah ok barulah boleh buat kerja2 yang lain. N3 kali ni kita masak2 dulu yer. . . . sebelum terjah ke ruang makan sepertimana yang dijanjikan. Jom gi dapur Shima dulu . . . . nak masak "Simple Ketam Sweet Sour"


Ketam yang telah di bersihkan oleh husband tersayang

Bahan2nya :
Ketam
(Bahan A) Lada kering, bawang putih, bawang merah, halia - di blender
(Bahan B) Tomato sos, Cili sos, Sunquick jus - perasa orange, Sos tiram
garam
telur 1 biji



Cara-caranya :
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan-bahan A hingga garing
3. kemudian masukkan bahan-bahan B
4. Masukkan ketam dan masukkan sedikit air dan garam
5. masukkan telur setelah ketam masak 




Tara . . . ni lah ketam yang telah siap dimasak.
So apa lagi kawan2 cubalah ye. . . . .


Terimakasih atas doanya

Salam kawan-kawan. Sebenarnya nak N3 dining sepertimana yang dijanjikan. Oleh kerana abah Shima sakit, so Shima rasa kita tunggulah yer sehingga abah sihat. Terima kasih kerana doa semua, alhamdulillah syukur abah dah boleh keluar hospital hari ni, tapi masih perlu membuat terapi selanjutnya. Syukur Alhamdulillah. Ni gambar semalam petang selepas makan.



Badannya masih belum stabil
tapi alhamdulillah dah boleh duduk



Selera makan tetap ada (rupanya share ngan mak)



Belaian kasih seorang isteri

Tuesday, January 12, 2010

Rumahku Syurgaku

So kawan-kawan ni lah pandangan dari dalam rumah ke luar. . . He. . 3x. Selalunya pandangan dari luar ke dalam. Tak pelah janji kita dapat terjah ke dalam. Boleh gitu. . .



Maaf yer. . gambar x berapa terang. . . 
yang macam almari kat luar tu sebenarnya tmpt
letak kasut (yg pendek) dan yang tinggi tu tmpt letak
barang2 husband (peralatan kereta & sebagainya
Al maklumlah rumah kecik tak de stor

 

Ni pulak ruang tamu. . . langsir Shima jahitkan simple je "double pleat"
oleh kerana husband sukakan barangan kayu
so Shima cuma dapat "englishnya" kat roti atas meja
dan sarung bantal. He. . he. . jadilah. Dah plan nak
jahit langsir lain nanti nak jugak letakkan sikit2 bunga roses.
Husband kata ok. . tapi jgn banyak sangat bunga2 hah. . .




Zoom. . .  kat kerusi jati dan tengah2 tu bunga
yang simple je Shima letakkan coz Shima ni
kalah ngan habuk2. Minat gak nak letak bunga
macam kat rumah Ratna tu, InsyaAllah. . . . .




Ni pulak kerusi yang terus nampak bila masuk ke rumah.
Kiri & kanan kerusi tu lampu. Masa ambil gambar terlupa
nak buka lampunya. . . dan di atas meja tu jemputlah makan yer. .




Hah. . .  ni lah bantal "english" tu diapit ngan bantal Bali
He. .he. .he. .




Ni pulak kerusi tempat husband Shima duduk kalau
dia tengok TV kat ruang tamu. Sebenarnya
jarang dia duduk kat sini coz dia suka tengok tv kat
bilik. Kerusi ni boleh di baringkan, boleh jadi macam katil.




Tempat letak magazine. . . ada peluang nak
di "English" kan coz nanti nak tukarkan kainnya
InsyaAllah kalau ada masa nanti Shima nak jahit
sama ngan langsir.

So sampai sini dulu yer kawan2. . . dan terima kasih kerana
sudi singgah.

 

Tidak semua English

Hello o o o . . . . kawan-kawan, apa khabar? Jap lagi jom terjah rumah Shima yang tak seberapa ni. Sebenarnya Shima minat ngan English tapi husband more minat kayu so tak nak menghampakan minat masing-masing so terjadilah rumah seperti ini

Abah. . . semoga cepat sembuh.

Salam kawan-kawan yang lama dan baru. Sebelum nak jemput masuk ke rumah, Shima nak minta kawan-kawan mendoakan agar abah Shima cepat sembuh, kerana dia dimasukkan ke hospital malam tadi kerana tekanan darah tingginya dan badan dia kebas sebelah. Dia kena masa baru nak tidur. Oleh kerana tekanan darahnya terlampau tinggi dalam 220 terdapat pendarahan kecil di kepala. Alhamdulillah petang tadi doktor kata tekanan darah tingginya dah berkurangan setelah di masukkan 3 pain air & ubat dan diberi injection. Kebetulan hari Ahad yang lepas abah Shima baru menjemput kawan-kawan yang pergi haji sama dengannya makan-makan di rumah. Mak masak perut masak lemak cili padi dengan rebung, sotong kembang masak sambal, ayam masak kicap, sayur telur asin. Semoga abah cepat sembuh yer. . . .dan terima kasih semua kerana doanya.



 Berselera semuanya. . . .




Alhamdulillah ramai juga yang datang. . .
gembira semuanya terasa macam makan di Mekah







 

Sessi perpisahan . . .