Sunday, December 27, 2009

Lawatan di kandang kambing

Hah, ni sebenarnya di kandang kambing sepupu Shima (Angah) di Bukit Beringin, Masjid Tanah. Masa ni, kambing-kambing belum lagi di beri makan. Bersih tau kandang kambing yang dijaga ni. . . . Dulu masa kecil2 ada gak ke kandang kambing tapi x lah sebersih kandang yang dijaga oleh Angah. Mari kita layan gambar2 kambing jer . . . gambar orangnya tak ada. Malu He. . He. .

Saturday, December 26, 2009

Puas hati emak abah

Ha ha, adik Eddy pulak mak minta tolong jagakan pokok-pokok dia, alhamdulillah bunga ros siap berbunga lagi, cuma pokok orkid dia x berbunga. Sepanjang mak dan abah menunaikan fardhu haji, rumah telah diamanahkan untuk dijaga oleh adik Emmy sekeluarga dan adik Eddy. Hah, puas hati abah sebab tiada ikan-ikan kesayangannya yang mati, gemuk lagi adalah.

Dah tiba

Semalam 25hb Disember 2009, mak dan abah selamat tiba dari menunaikan fardhu haji, Alhamdulillah nampak sihat mereka berdua.

Hadiah dari kami adik beradik

Alhamdulillah, pada tahun ni emak dan abah menyambut hari lahir mereka di Mekah kerana mereka menunaikan fardhu haji. Selamat hari lahir mak pada 4hb dan abah pada 6hb Disember yang lalu, hanya hadiah ini yang dapat kami beradik sekeluarga sediakan. Frame gambar persandingan mereka lebih kurang 40 tahun yang lalu.

Hasil sentuhan bersama Ratna

Hah, kawan-kawan nilah hasil "sentuhan" Shima dengan Ratna dari "Ratna Home Craft" tu. Actually Shima banyak tengok dari buat semasa belajar. Lepas ni Ratna kena ready untuk ambil student yer....

Wednesday, December 23, 2009

Pertemuan pertama

Pertemuan pertama bersama Eija dari Eija Cottage, "tauke pelita" di Restoran Remaja Bandar Baru UDA.